PERNAH berdepan krisis rumah tangga, penyanyi Adira Suhaimi mendoakan sesiapa saja terutama golongan selebriti yang berdepan masalah itu dipermudahkan urusan.
“Saya berharap sesiapa saja diluar sana yang berhadapan dengan krisis rumah tangga, semoga dipermudahkan. Itu saja yang boleh saya katakan kerana lain orang lain dugaannya,” katanya.
Syukur tidak lagi berdepan masalah itu, Adira berkata, keutamaannya kini hanya kepada anak-anak dan keharmonian keluarganya dilindungi.
Menurut Adira, dia mahu menjalani kehidupan yang lebih tenang memandangkan anak-anak sudah semakin ramai dan usianya sudah meningkat.
“Alhamdulillah.. bahagian saya sudah lama berlalu. Fokus ketika ini adalah untuk membesarkan anak-anak dan memastikan keharmonian keluarga terpelihara. Itu saja yang penting.
“Biasalah turun naik dalam kehidupan bukanlah sesuatu yang asing. Namun, Alhamdulillah semuanya bertambah baik dan dipermudahkan. Mungkin juga kerana faktor usia.
“Apatah lagi, saya sudah lapan tahun bermadu. Anak-anak sudah semakin ramai dan keluarga kami pun semakin besar. Apa yang baik, kita lalui saja. Bukan apa, makin lama semakin tua. Sekarang ini hidup saya hendak lalui dengan tenang saja,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pertunjukan Fesyen Ariani Layar Raya 2023 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Terdahulu, Adira memuat naik video mesra bersama madunya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red di media sosial miliknya.
Menerusi perkongsian video berdurasi 27 saat itu, mereka dilihat berpakaian sedondon rona hitam sambil berpimpin tangan menghadiri sebuah acara pertunjukan fesyen oleh pereka terkenal iaitu Datuk Radzuan Radzwill.
Bukan saja Adira, video berkenaan turut dikongsikan oleh Datin Red di TikTok miliknya dengan kapsyen berdoa semoga Allah SWT menjaga hubungan rumah tangga itu.
Untuk rekod, Adira dan Datuk Red iaitu Adenan Abu berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayoub yang kini berusia enam bulan.
* Artikel asal disiarkan di Gempak.
Gempak
Thu Mar 16 2023

Beberapa hari lalu Adira memuat naik video mesra bersama madunya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red di media sosial miliknya. - Gambar GEMPAK

RM57.2 juta diperuntukan kepada Perlis untuk tangani isu dan impak banjir
Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan sebanyak RM57.2 juta kepada kerajaan negeri Perlis bagi menangani impak kejadian banjir kepada penduduk di negeri itu.

MAPIM, NGO laksana kempen perangi fitnah menerusi media sosial
MAPIM bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil inisiatif mewujudkan Sekretariat Anti Fitnah (SAF) bagi memerangi penyebaran maklumat berunsur fitnah menerusi media sosial.

Belanjawan 2024 sedia ruang, peluang penting dalam usaha tangani isu perubahan iklim
Belanjawan Malaysia 2024 yang bakal dibentang membuka ruang dan menyediakan peluang penting bagi menangani isu perubahan iklim.

Jabatan Perikanan giat kembangkan ternakan ikan susu
Kerajaan melalui Jabatan Perikanan Malaysia sedang giat mengembangkan ternakan ikan susu di seluruh negara.

Institusi dan pendidikan Islam diharap dapat keutamaan dalam Belanjawan 2024
Pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen bulan depan diharap akan terus memberi keutamaan kepada penambahbaikan institusi dan pendidikan Islam.

KPKT salur peruntukan tambahan RM2 juta kepada PBT Perak
Sebanyak RM1 juta daripadanya diperuntuk kepada Majlis Bandaraya Ipoh bagi kerja-kerja pemasangan lampu jalan khususnya di kawasan perumahan.

Piala Malaysia: TFC, KL City berjaya ke separuh akhir
Terengganu FC akan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada separuh akhir pertama pada 20 Okt ini dan separuh akhir kedua pada 3 Nov ini.
Tiga hos, Zamani, Ezad Lazim dan Nikki Palikat antara peserta Hot Seat
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Pendatang terus rentas sempadan Texas di sebalik kekangan
Pada Khamis lalu, kira-kira 900 pendatang menyeberangi sempadan Amerika Syarikat itu dan pada Jumaat, kira-kira 1,200 pendatang melakukan perkara sama.

Wee Ka Siong pertahan jawatan Presiden MCA
Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan jawatan Presiden MCA untuk penggal kedua selepas keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat parti itu diumumkan Setiausaha Agung Datuk Chong Sin Woon.

8 tahun bermadu, Adira tenang jalani kehidupan berpoligami
Keutamaan kini hanya kepada anak-anak dan keharmonian keluarga dilindungi.

"Ibu kena samun tiada kena mengena dengan kemelut rumah tangga saya" - Adira
Adira Suhaimi menganggap insiden ibunya disamun di rumah sendiri pada pertengahan November lalu ada hikmahnya.

Selepas 4 tahun, Hafiz, Adira kembali 'bersatu'?
Pasangan duet popular, Hafiz Suip dan Adira Suhaimi pernah mencipta fenomena suatu masa dahulu menerusi lagu duet popular, Ombak Rindu sekitar tahun 2011.
.jpg)
Adira Suhaimi nafi diceraikan Datuk Red
Doakan yang baik-baik...