HIBURAN
Aadhira: Siri drama pejuang wanita mangsa penderaan
KUALA LUMPUR: Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro mendukung semangat memperjuangkan hak wanita melalui siri eksklusif Vinmeen terbaharu, Aadhira, yang bakal ditayangkan jam 9 malam 14 Julai ini, di Astro Vinmeen (saluran 202) di pelbagai platform termasuk television, Astro GO, On Demand, dan Sooka.
Ringkasan AI
- Astro akan menayangkan siri eksklusif Aadhira bermula 14 Julai di saluran Vinmeen, adaptasi daripada drama Syurga Itu Bukan Mudah, dengan fokus kepada isu penderaan rumah tangga dan pemberdayaan wanita.
- Siri ini menampilkan Rubini Sambanthan sebagai Aadhira, seorang wanita tabah yang memperjuangkan kebebasan kewangan dan keselamatan diri, serta diarahkan oleh R. Azizan dan diterbitkan oleh Elena Thomas dari Keris Media Networks.
- Ketua Eksekutif WAO, Nazreen Nizam menyokong siri ini kerana ia membuka mata masyarakat terhadap realiti penderaan yang sering tersembunyi, dan menekankan bahawa mangsa tidak keseorangan kerana bantuan tersedia.
Siri ini diarahkan oleh R. Azizan dan menandakan penampilan sulung pelakon Rubini Sambanthan sebagai watak utama, Aadhira, seorang wanita berani dan tabah yang memecahkan stereotaip, mengatasi cabaran, dan memperjuangkan kebebasan kewangan wanita.
Aadhira turut mengangkat kisah perjalanan seorang wanita berdikari yang hidupnya berubah gelap selepas berkahwin apabila terpaksa berdepan suami kasar, Dharma, dan sekumpulan lelaki toksik yang mengancam keselamatan diri dan anaknya.

Nazreen ketika memberi ucapan selepas selesai tayangan perdana siri Aadhira di Astro, Bukit Jalil, Rabu lalu. - Foto Astro
Sementara itu, Ketua Pengarah Eksekutif Women’s Aid Organisation (WAO), Nazreen Nizam, berkata siri ini wajar ditonton oleh khalayak ramai kerana ia membuka mata terhadap realiti yang sering tersembunyi, bahawa ramai wanita di luar sana sebenarnya berdepan penderaan rumah tangga tanpa disedari orang sekeliling.
“Di WAO, kami bertemu ramai wanita yang menghadapi isu-isu ini. Jadi ia adalah sesuatu yang berlaku dalam kehidupan realiti, dengan itu saya rasa ia satu inisiatif yang bagus untuk menghasilkan siri seperti ini.
“Isu ini penting untuk ia sampai kepada seramai mungkin orang di luar sana kerana bukan sahaja untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita, tetapi juga ahli keluarga yang lain, kan? Sesiapa yang menontonnya, akan memahaminya.
“Kerana apabila melibatkan hal keluarga, ia merupakan sesuatu yang sangat peribadi. Tidak mudah untuk diceritakan kepada orang lain bahawa seseorang itu sedang dianiaya oleh suami sendiri.
“Jadi siri ini ingin menguar-uarkan yang mangsa tidak keseorangan kerana ada agensi di luar sana yang boleh membantu,” katanya ketika di temu bual di sidang media tayangan siri Aadhira di Astro Bukit Jalil, Khamis lalu.

Nazreen (tengah) bersama kru terlibat dalam pembikinan siri Aadhira di majlis tayangan perdana siri itu, Rabu lalu. - Foto Astro
Siri ini dihasilkan Elena Thomas daripada Keris Media Networks Sdn Bhd, dan menampilkan barisan pelakon termasyhur termasuk Theebaan G, Saarra Selva, Kavitha Sinhya, Kaarthick Jay, Angayar Kanni, Priscilla Nair, dan ramai lagi.
Saksikan Aadhira setiap Isnin hingga Khamis jam 9 malam di Astro Vinmeen (saluran 202).
Pakej Astro One kini tersedia daripada RM49.99* dan orang ramai juga boleh meningkatkan pengalaman penstriman dengan menambah Astro Fibre 500Mbps bersama dengan Pakej Hiburan hanya RM139.99*/bulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp di talian 03 9543 3838.
* Tertakluk kepada terma dan syarat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami