TIADA siapa yang boleh menafikan pengaruh besar yang dimiliki aktor Aaron Aziz dalam kalangan peminat dunia seni tempatan.

Justeru apabila hashtag #HappyBirthdayAaronAziz trending di laman sosial hari ini, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Hari ini, tanggal 23 Februari 2016, aktor yang berasal dari Singapura itu menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke 40.






Selain memviralkan hastag berkenaan, kumpulan peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai Aaronators ini turut meraikan hari istimewa ini bersama Aaron bertempat di Hotel Pacific Regency, Kuala Lumpur.





Dan tentunya ucapan paling istimewa datangnya dari isteri Aaron, Diyana Halik.

Happy Bday Sayang. You turn 40 today. Met you when you were 25. You still look like you're 25, humble like when you were...

Posted by Aaron Aziz on

Aaron mula menceburi bidang lakonan pada tahun 2001, namun namanya mula mendapat perhatian di Malaysia sekitar tahun 2005. Malah Aaron pernah dinobatkan sebagai pemenang Bintang Paling Popular sebanyak dua kali; iaitu pada tahun 2011 dan 2013.