awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abang Tesla kahwin isteri kedua lepas 6 bulan kenal

Gempak
Gempak
26/08/2023
02:15 MYT
Abang Tesla kahwin isteri kedua lepas 6 bulan kenal
Abang Tesla atau nama sebenarnya, Mohammad Khaliltizam Yusri berkenalan dengan isteri kedua melalui sosial media dan saling mengenali selama enam bulan sebelum buat keputusan untuk bernikah. - Gambar GEMPAK
INDIVIDU yang paling menjadi bualan hangat di media sosial saat ini, Abang Tesla mendedahkan secara eksklusif mengenai poligami yang menarik perhatian Malaysia.
Abang Tesla atau nama sebenarnya, Mohammad Khaliltizam Yusri mengatakan menikah dengan isteri keduanya, Nursyafiqa Mohd Hanafi selepas beberapa bulan berkenalan.
Lelaki yang senang dipanggil Kal ini juga mendedahkan berkenalan dengan wanita berusia 22 tahun tersebut melalui platform media sosial.
“Kami berkenalan selama enam bulan sebelum menikah pada 18 Ogos lalu,” kata Kal kepada Astro Gempak.
Kal, 28, melanjutkan: “Kami berkenalan melalui Insta Story. Dia hantar lagu pada saya. Kami kenal begitulah.
Tanpa melanjutkan bagaimana proses percintaan tercetus, Kal mengatakan apa yang penting perkahwinan kedua itu mendapat restu seluruh keluarga.
“Saya dapat rasa ‘getar’ bila bersama. Susah nak cakap.
“Tapi yang penting keluarga kami restu. Saya pun berkahwin dengan cara yang betul,” katanya lagi.
Kal turut memberitahu usai menikah dia telah menyediakan sebuah kediaman buat isteri keduanya yang juga berada di Johor Bahru.
“Doakan kami. Kita tak tahu kehidupan pada masa hadapan semua orang. Jadi doakan yang baik baik,” pintanya lagi.
Terdahulu video yang dimuat naik di TikTok miliknya dengan nama Abang Tesla telah mencetuskan sensasi apabila lelaki tersebut mempamerkan aksinya bersama isteri pertama solat Subuh dan menangis tiga jam sebelum berpoligami.
Lelaki yang merupakan usahawan muda itu berkahwin dengan isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari sejak lima tahun lalu. - Gempak
Topic Berkaitan
#Abang Tesla
#poligami
#isteri muda Abang Tesla
#Mohammad Khaliltizam Yusri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan