awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ABBA kembali tersenarai dalam carta muzik UK selepas 40 tahun

Astro Awani
Astro Awani
11/09/2021
02:36 MYT
ABBA kembali tersenarai dalam carta muzik UK selepas 40 tahun
Kali terakhir kumpulan ini tersenarai dalam carta muzik Britain adalah pada Januari 1982, menerusi lagu "One Of Us".
SINGLE terbaharu kumpulan ABBA termasuk dalam senarai 10 terbaik carta muzik bulan ini dengan lagu "Don't Shut Me Down".
Lagu berkenaan mendapat tempat ke-9 dalam Official Singles Chart di United Kingdom, berpandukan penjualan dalam talian dan penstriman.
Ini merupakan kali pertama kumpulan dari Sweden itu tersenarai selepas hampir 40 tahun.
Kali terakhir kumpulan ini tersenarai dalam carta muzik Britain adalah pada Januari 1982, menerusi lagu "One Of Us".
Kumpulan tersebut, yang ahlinya telah melangkau usia 70-an, bakal mengeluarkan album terbaharu mereka pada November ini.
Single kedua mereka, "I Still Have Faith In You," mendapat tempat ke-14 dalam carta berkenaan.
Kemunculan semula kumpulan ini turut menaikkan kembali lagu lama mereka ke dalam carta seperti album kompilasi lagu terbaik dari tahun 1992, "ABBA Gold" pada kedudukan kelima.
Kumpulan ini turut mendedahkan akan adakan konsert "ABBA Voyage" yang mengimbau kembali konsert terbaik mereka pada tahun 1979.
Konsert tersebut dijadual akan diadakan di London pada Mei tahun depan di mana ahli kumpulan itu akan melakukan persembahan secara digital menggunakan teknologi hologram.
Topic Berkaitan
#ABBA
#carta muzik
#United Kingdom
#Don't Shut Me Down
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan