BEKAS anggota kumpulan nasyid UNIC, Wan Najdi mendedahkan industri nasyid tempatan kini semakin tenat.
Tambah pula dengan kekangan lantaran pandemik COVID-19, kata Najdi, ramai penggiat seni nasyid terkesan.
"Anda tahu kan pandemik ni adalah yang terburuk dalam sejarah negara kita?
"Antara yang terkesan adalah industri nasyid, sebelum itu anda kena faham dulu industri nasyid ini hidup kat mana?
"Industri nasyid sebelum PKP banyak hidup masa acara bermusim misalnya maulid nabi, maal hijrah, Ramadan, itu sahaja antara besar, senang cerita Ramadan memang makanan industri nasyid sebab hotel semua perlukan hiburan nasyid masa berbuka.
"Maknanya nasyid ni dapat show pun bermusim, berbeza dengan industri mainstream lagu cinta Jampi (Hael Husaini) boleh jalan bila-bila masa and relevan setiap masa," kata Najdi.
Tambahnya, kebanyakan syarikat nasyid tidak punyai pengetahuan meluas mengenai penstriman digital, sekali gus membuatkan lagu-lagu nasyid tidak menjana pendapatan.
"Ada syarikat rakaman nasyid yang memang survive dengan show sahaja malah tidak ada pengetahuan yang banyak tentang digital streaming seperti Spotify atau YouTube dan lain-lain, dek kerana views yang banyak adalah kriteria utama, barulah anda dikira mempunyai income dari sana.
"Hal ini ramai menjadikan nasyid ini hanyalah part time job dan semakin lama semakin berkurang penggiat seni nasyid. Orang pun masih keliru aku nyanyi lagu Ainul Mardhiah, tapi bila jumpa aku nyanyi lagu Sesungguhnya Raihan.
"Apa yang aku nak share adalah Ramadan baru-baru ini adalah yang paling terkesan sekali, bukan hotel je tutup, tapi masjid, event organiser dan semua berbentuk keramaian, menjadikan semuanya hanyalah online platform dan tak banyak yang berjaya tembus sebab baru nak mula dan tiada ilmu
"Namun aku di sini bukanlah nak cerita yang penasyid ni susah sangat sebab semua orang susah time ni, cuma ada yang susah sebab memang full time buat kerja ni, dah lah industri tak berapa nak besar, lepas tu diuji pula pandemik begini," tambahnya.
Kata Najdi lagi, industri nasyid turut diuji dengan bayaran persembahan yang tidak seberapa berbanding penyanyi 'mainstream' lain.
"Aku tak nak komen bab payment yang tak sebesar industri lain dan juga layanan terhadap penggiat nasyid 'mesti ikhlas' dalam memberi sesuatu, tetapi aku risau nasyid ni tenggelam sebab syok sendiri dan orang luar anggap orang nasyid OK, which is gap makin jauh.
"Berita baru baru ini yang paling aku sedih dengar, penasyid yang terkesan dengan pandemik boleh jadi bilal masjid, ada penasyid call aku cakap berapa sangat sebulan dia bayar bilal tu? Dia seolah kata tidak cukup.
"Tapi aku terpaksa kata dengan apa aku belajar tiga bulan ni adalah, ada nasi lauk telur atas meja pun Alhamdulillah ! Jangan merungut! Ada orang tak makan time ni ikat perut!" ujar Najdi lagi.
Tular juga kenyataan Najdi kepada sebuah portal hiburan mendedahkan dia bercadang untuk menjual penapis air dan menjadi pemandu e-hailing bagi membantu keluarganya.
Najdi baru-baru ini mengumumkan dia berpecah dari kumpulan UNIC yang kini hanya meninggalkan Fakhrul dan Bazli.
Gempak
Fri Jun 12 2020
Kebanyakan syarikat nasyid tidak punyai pengetahuan meluas mengenai penstriman digital, sekali gus membuatkan lagu-lagu nasyid tidak menjana pendapatan.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
The Knights Award: Astro terus cemerlang, rangkul anugerah Rangkaian Media Terbaik Sepanjang Masa
Astro Malaysia Holdings Bhd terus mengorak kejayaan sebagai syarikat penyedia kandungan dan hiburan terkemuka negara, apabila dinobatkan sebagai Rangkaian Media Terbaik Sepanjang Masa.
Pertunjukan Great British Circus di Kota Bharu hanya tampilkan ahli lelaki
Persembahan Great British Circus yang dijadualkan pada 26 Okt-17 Nov itu tidak menampilkan ahli sarkas wanita yang mendedahkan aurat.
DBP perlu diberi kuasa perundangan martabatkan bahasa Melayu
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu diberi kuasa perundangan bagi mempertahankan identiti dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini.
Aktiviti hiburan, bunyi-bunyian muzik pada malam Jumaat dilarang di Kelantan - Exco
Hilmi Abdullah berkata perkara itu termaktub dalam Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.
Azlee stabil, dalam pemantauan IJN - Yassin
Rakan artis yang juga anggota Senario, Yassin memaklumkan Azlee berada dalam keadaan baik dan dalam pemantauan IJN.
THSS: Datin Alyah tarik diri daripada pertandingan
Alyah yang terpaksa mengundurkan diri daripada pertandingan mendoakan agar para peserta lain meneruskan dengan sehabis baik.
Gara-gara tersiku, lelaki maut ditumbuk
Gara-gara tersiku ketika berjalan dipercayai punca tercetusnya pergaduhan antara dua lelaki yang berakhir dengan kematian di sebuah pusat hiburan, awal pagi Sabtu lepas.
Anuar Zain rai ulang tahun ke-54 bersama 1,000 peminat
Anuar menghargai peminat yang tidak jemu menyokongnya dan menjadi tulang belakang hingga mampu bertahan empat dekad.
Kanak-kanak Palestin terbang layang-layang, imbas kembali aktiviti sebelum perang
Kanak-kanak Palestin yang menjadi mangsa kekejaman tentera Israel dilihat menerbangkan layang-layang berwarna-warni di kawasan perkhemahan sementara mereka di Rafah.
Pihak berkuasa Thailand hantar pulang suspek kes bunuh ke Malaysia
Seorang ahli perniagaan dari Malaysia yang disyaki membunuh pekerjanya telah ditahan di lapangan terbang Bangkok pada Ahad dan dihantar pulang ke negara asal pada Isnin.