Suatu ketika dahulu, setiap naskhah filem, drama mahupun teater yang ditulis, sudah dapat membayangkan siapa gerangan yang bakal melakonkan watak tertentu.

Namun, cabarannya amat berbeza masa kini sejak meledaknya kegilaan mengumpulkan pengikut di media sosial.

Bagi Haliza Misbun, penerbit, pengarah mahupun penulis skrip kini sudah tiada taring dalam menentukan pelakon yang sesuai untuk membawakan watak bagi karya mereka.

Malah, Haliza turut mendedahkan ada antara artis yang sanggup membeli pengikut di media sosial dengan harga sekitar RM2,000 bagi setiap 50,000 pengikut.

"Sundal mereka rupanya," itu reaksi ringkas pengarah dan penerbit U-Wei Hj Shaari ketika mereka berdua ditemubual dalam program [email protected] pada Sabtu.



U-Wei Hj Shaari merupakan pengarah bagi Teater Perdana DBP berjudul 'Pokok' yang bakal dipentaskan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka pada 7 hingga 16 Disember ini.

Haliza Misbun pula buat julung-julung kali bakal beraksi sebagai watak utama bernama Mardiah dalam naskah yang ditulis oleh Tan Sri Johan Jaafar.