awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
Warga Tentera Darat perlu bangkit, kekal berintegriti dan berkemahuan menang - PTD
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SYOK Podcast terbitan Astro Radio terima Anugerah Citra Sahabat DBP 2023

Gempak
Gempak
07/10/2023
16:58 MYT
SYOK Podcast terbitan Astro Radio terima Anugerah Citra Sahabat DBP 2023
Priya berkata, pihak Astro Radio berbesar hati menerima Anugerah Citra Sahabat DBP 2023, tahun ini. - Gambar Gempak
SYOK Podcast terbitan Astro Radio, platform audio digital telah dipilih oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai penerima Anugerah Citra Sahabat DBP 2023 dalam kategori sektor swasta, sempena Hari Inovasi DBP yang diadakan pada 4 Oktober lalu.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Lim Hui Ying kepada wakil Astro Radio, Ketua Kandungan, Priya Dharshini serta Ketua Podcast, Hakimi Tajul.
Judul-judul podcast pemenang anugerah ini diadaptasi daripada penerbitan DBP kepada tiga siri drama SYOK Podcast popular, termasuk Malam Pengantin, drama fiksyen Hikayat Gegar Pagi, drama sejarah Melayu dan Belang Harimau Besi iaitu drama sejarah berdasarkan peristiwa sebenar.
Priya berkata, pihak Astro Radio berbesar hati menerima Anugerah Citra Sahabat DBP 2023, tahun ini.
“Pencapaian ini mencerminkan komitmen kami dalam memupuk kerjasama yang bermakna untuk menyampaikan kandungan berharga kepada pendengar kami melalui SYOK Podcast.
“Kami percaya pada kuasa podcast yang menjadi medium untuk pendidikan, inspirasi dan hiburan,” katanya.
Anugerah Citra Sahabat DBP mengiktiraf individu, persatuan, syarikat, organisasi, agensi atau pihak cemerlang yang telah memainkan peranan penting dan berkesan dalam membantu DBP menyebarkan dan memartabatkan bahasa dan sastera.
Semua rakyat Malaysia boleh terus menikmati SYOK Podcast yang popular termasuk Malam Pengantin, Hikayat GEGAR Pagi dan Belang Harimau Besi di laman web atau melalui aplikasi SYOK. - Gempak
Topic Berkaitan
#SYOK Podcast
#DBP
#peranan penting
#kandungan berharga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan