PENYANYI popular Ziana Zain membuat pengakuan tidak pernah dikasari secara fizikal oleh suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri.
Pendedahan itu dibuat Ziana, 50, menerusi sebuah program bual bicara hiburan siaran langsung semalam.
Kata Ziana, terlalu banyak perkara yang telah berlaku sepanjang tempoh lebih 20 tahun hidup bersama Armin.
Namun, pelantun lagu Madah Berhelah itu enggan mendedahkannya demi menjaga maruah keluarga dan suami.
"Tidak pernah berlaku kekasaran fizikal, tetapi penderaan mental itu ada. Saya mungkin boleh bertahan, tetapi tidak untuk anak-anak.
"Namun biarlah segala apa yang berlaku selama ini tersimpan menjadi rahsia antara kami. Cukup hanya saya dan anak-anak yang mengetahuinya. Sebab perlu diingat, masing-masing ada maruah yang perlu dijaga. Walaupun sudah tidak bersama lagi, ada beberapa rahsia yang perlu disimpan," katanya.
Tambah Ziana lagi yang memetik Kosmo! Online, dia tidak berasa kesal dengan apa yang terjadi kepada rumah tangganya dan berharap agar dia dan suami dapat mencari kebahagiaan masing-masing selepas ini.
"Sebagai isteri, kalau boleh saya mahu selamatkan rumah tangga tetapi kalau Tuhan berkata Kun Fa Ya Kun terhadap sesuatu perkara, maka jadilah ia. Ia ditambah pula dengan insiden yang berlaku terhadap anak saya.
"Jadi mungkin inilah jalan keluar daripada masalah yang membelenggu saya selama berpuluh tahun lalu. Sekarang saya sudah boleh tarik nafas lega kerana tiada lagi perkara yang menyesakkan dada," ujarnya yang berharap agar semua pihak mendoakan kebaikan untuknya dan anak-anak selepas ini.
Rumah tangga mereka yang dibina pada 1998 di ambang perpisahan apabila penyanyi itu memfailkan permohonan cerai selepas Armin dihadapkan ke mahkamah Mac lalu kerana mencederakan seorang daripada empat anak mereka.
Bagaimanapun kes tersebut ditangguhkan pada 28 Jun depan oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor selepas Armin enggan melafazkan cerai terhadap Ziana.
Sumber: Kosmo! Online
Foto: @iamzianazain
Gempak
Mon Jun 04 2018
Pelantun lagu Madah Berhelah itu enggan mendedahkannya demi menjaga maruah keluarga dan suami.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
Nahas helikopter: JKM Perak beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?
Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Techno Mechanicus nama anak ketiga Elon Musk bersama Grimes
Kanak-kanak itu, yang umurnya tidak didedahkan kepada umum, dinamakan Techno Mechanicus dan dipanggil "Tau".
'Impian ayah meninggal dunia ketika bekerja untuk rakyat' - Anak Salahuddin
'Impian ayah meninggal dunia ketika bekerja untuk rakyat' - Anak sulung