awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adegan peluk cium dalam drama Melayu dilarang

Gempak
Gempak
10/07/2015
00:56 MYT
Adegan peluk cium dalam drama Melayu dilarang
Badan tersebut telah menetapkan setiap stesen televisyen yang beroperasi di Malaysia wajib garis panduan terbaru.
Peka dengan rungutan penonton terutama peminat drama Melayu, Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF), akhirnya mengeluarkan garis panduan terbaru menerusi satu pekeliling. Badan tersebut telah menetapkan setiap stesen televisyen yang beroperasi di Malaysia wajib garis panduan terbaru tersebut demi membangunkan ummah berkualiti tinggi pada masa hadapan. Menerusi pekeliling bertarikh 23 Jun 2015 itu, LPF telah menetapkan selain dari adegan sensual dan ghairah, drama melayu yang mempunyai unsur khurafat dan tahyul juga tidak dibenarkan. Malah sebarang adegan berbaur politik seperti mengkritik kerajaan juga adalah dilarang sama sekali. Langkah ini diambil LPF selepas mengambil kira rungutan orang ramai terutama peminat drama melayu yang menyifatkan sesetengah produk (drama melayu) sebagai keterlaluan. Sementara itu, pengarah drama Shahrulezad turut mengajak rakan-rakan seperjuangannya untuk bersama-sama mematuhi garis panduan yang dikeluarkan LPF supaya tidak berlaku rungutan atau masalah terhadap karya masing-masing di kemudian hari. Shahrul telah memuat naik status di akaun sosial Facebook (FB) miliknya beberapa hari lalu.
Tahniah LPF kerana peka terhadap suara penonton! Di bawah merupakan beberapa keping foto pekeliling yang telah dikongsi Shahrul di FBnya:

Topic Berkaitan
#cium
#drama melayu
#LPF
#peluk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan