awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adi wira Avengers dibelit Venom?

Agensi
Agensi
02/03/2019
09:14 MYT
Adi wira Avengers dibelit Venom?
Selepas enam bulan filem Venom ditayangkan, Marvel Entertainment melancarkan gambar komik terbaharu Venom. Foto Agensi
SELEPAS enam bulan filem "Venom" ditayangkan, Marvel Entertainment melancarkan poster komik terbaharu Venom.
Gambar itu memaparkan pertemuan Venom dengan beberapa superhero Marvel termasuk Avengers dalam satu situasi yang aneh.
Dilancarkan pada Rabu, poster tersebut menampilkan Spider-Man, Captain Marvel, Hawkeye, Captain America, Hulk, dan The Thing daripada Fantastic Four, dibelit watak misteri berwarna merah.
Sementara itu, kelihatan pada bahagian atas gambar watak Venom yang menjelirkan lidahnya dengan tulisan "Everyone Is A Target."
Bayangan lain yang tertera pada poster itu ialah "August 2019" yang dipercayai tarikh komik itu akan dilancarkan.
Bagaimanapun, lilitan merah yang membelit semua adi wira Marvel itu dipercayai bukan Venom, melainkan Carnage.
Carnage merupakan satu lagi watak menyerupai Venom yang menumpang pada tubuh Cletus Kasady.
Kasady merupakan watak penjahat yang sering muncul dalam komik Spider-man dan Venom.
Ia juga diketahui muncul pada bahagian akhir filem Venom yang dibintangi pelakon Tom Hardy.
Topic Berkaitan
#avangers
#Captain America
#carnage
#filem
#hawkeye
#Hulk
#Marvel
#marvel entertainment
#Spider-Man
#superhero
#the thing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan