awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adira tenang, Datuk Red tunduk sayu lafaz cerai talak satu

Gempak
Gempak
24/04/2024
02:00 MYT
Adira tenang, Datuk Red tunduk sayu lafaz cerai talak satu
Rumah tangga penyanyi terkenal, Adira Suhaimi berakhir selepas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada Rabu. - Gambar SINAR HARIAN
RAWANG: Rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dengan usahawan Datuk Red berakhir perceraian dengan talak satu, pada pagi Rabu.
Adnan yang dikenali sebagai Datuk Red, 46 melafazkan talak tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Gambak Barat, Rawang, Selangor.
Kes tersebut didengar di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar pukul 9.45 pagi mengesahkan lafaz tersebut adalah sah mengikut hukum syarak.
"Bahawa saya Adnan Abu menceraikan Adira Suhaimi dengan talak satu," lafaz Adnan.
Adnan ketika prosiding sedang dibacakan kelihatan tunduk sayu manakala Adira hanya kelihatan tenang.
Dalam masa sama, Adira juga bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Adnan.
Adnan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak, Rawang pada pagi Rabu ditemani peguamnya, Muhammad Akmal Azman
Adira turut hadir ke mahkamah pada proses berkenaan bersama peguam Nor Saidah Zakaria.
Pasangan itu bersalaman di dalam dewan sebelum bersurai.
Terdahulu, Adira memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu pada 25 Oktober 2023.
Kemudian, pada 5 Mac lalu, prosiding keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara mereka gagal apabila penyanyi itu tetap nekad untuk berpisah.
Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2. - Gempak
Topic Berkaitan
#Adira bercerai
#talak satu
#Adira dan Datuk Red bercerai
#Adira isteri kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan