awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendekatan Malaysia MADANI bukan sekadar slogan - Budiman
Kes Cradle Fund: Mahkamah Persekutuan kekalkan pembebasan Samirah, dua remaja
MPO, DFP terus memupuk bakat muzik tempatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Afifah Nasir selamat timang anak sulung, pilih nama Syed Armand Mateen

Gempak
Gempak
22/09/2025
04:50 MYT
Afifah Nasir selamat timang anak sulung, pilih nama Syed Armand Mateen
Afifah Nasir selamat melahirkan anak lelaki bernama Syed Armand Mateen pada Ahad dan berkongsi berita gembira itu di Instagram.
PELAKON Afifah Nasir berkongsi khabar gembira apabila selamat melahirkan bayi lelaki pada Ahad.

Ringkasan AI
  • Afifah Nasir selamat melahirkan anak lelaki bernama Syed Armand Mateen pada Ahad dan berkongsi berita gembira itu di Instagram.
  • Hantaran tersebut memaparkan suaminya mencium dahi anak mereka, dengan wajah bayi ditutup emoji hati sebagai simbol kasih sayang.
  • Afifah dan Syed Hariz berkahwin pada Mei tahun lalu selepas tiga bulan bertunang, dan kehamilan diumumkan selepas setahun mendirikan rumah tangga.

Menerusi hantaran di Instagram, Afifah, atau nama penuhnya Nur Afifah Nasir, berkongsi berita gembira itu dengan meluahkan rasa syukur atas kurniaan cahaya mata sulung mereka.
View this post on Instagram
A post shared by Afifah Nasir (@afifahnasir93)
“Dicipta dengan penuh kasih sayang, diberkati oleh Allah. Alhamdulillah, cahaya mata kami, anugerah terindah dari-Nya,” tulisnya.
Dalam hantaran tersebut, pelakon drama Red Velvet itu memuat naik foto suaminya yang sedang mencium dahi dan wajah anak mereka yang ditutup dengan emoji berbentuk hati.
Afifah turut mendedahkan nama putera sulungnya iaitu Syed Armand Mateen yang dilahirkan dengan selamat.
Sebelum ini, pada Mei lalu, Afifah berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan dirinya berbadan dua selepas setahun mendirikan rumah tangga;
Untuk rekod, Afifah dan Syed Hariz diijabkabulkan pada Mei tahun lalu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan. -Gempak
Topic Berkaitan
#Afifah Nasir
#Syed Armand Mateen
#kelahiran bayi lelaki
#Syed Hariz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan