ENTERTAINMENT
Aisha Retno sokong usaha rakan seperjuangan hasilkan lagu raya gen Z

Aisha menghargai usaha rakan-rakan dalam industri muzik yang bersemangat mengeluarkan lebih banyak lagu raya, memberikan aura kemeriahan pada hari lebaran. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kemunculan lagu raya Gen Z ternyata membawa kemeriahan berganda menjelang Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.
Ringkasan AI
- Lagu raya Gen Z membawa kemeriahan menjelang Syawal, dengan Aisha Retno mencetuskan fenomena melalui "Ketipak Ketipung Raya" dan menggalakkan trend ini diteruskan.
- Aisha menghargai usaha rakan-rakan dalam industri muzik yang bersemangat mengeluarkan lebih banyak lagu raya, memberikan aura kemeriahan pada hari lebaran.
- Aisha juga menghasilkan single "Raya Nak Ke Mana?" untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang diterima baik dan akan dikeluarkan tahun ini.
"Satu kata untuk mereka, hasil lagu sangat segar. Seronok dapat lihat penggiat industri muzik di Malaysia sangat bersemangat untuk keluarkan lebih banyak lagu raya.
"Saya rasa dalam banyak negara di dunia ini, Malaysia negara paling meriah keluarkan lagu raya dari dulu sampai sekarang, idea tidak pernah putus. Satu hal yang perlu dipuji," katanya.
Kata Aishah atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam kepada Astro AWANI, dia amat menghargai kerja keras rakan seperjuangannya dalam industri muzik dalam memberikan aura kemeriahan pada hari lebaran yang ditunggu-tunggu oleh semua.
"Bagi saya sendiri, walau macam mana pun rentak lagunya, komposisi lagunya, ada yang kurang suka, ada yang gemar.
"Apa pun Aisha hargai usaha mereka kerana ada masa berfikir keluarkan lagu raya hiburkan semua rakyat Malaysia. It's a fresh idea in general," katanya.
Sementara itu, Aisha turut menzahirkan rasa syukur dapat menghasilkan sebuah lagi karya buat idolanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi single "Raya Nak Ke Mana?" tahun ini.
"Pada masa itu juga, Aisha ada hasilkan lagu raya yang pada awalnya saya memang tak nak release lagi.
"Dalam masa sama, saya fikir best juga kalau ada orang boleh nyanyi lagu raya ciptaan saya. Alhamdulillah kurang 24 jam dari side Tok Ti dengar, mereka suka dan setuju keluarkan lagu itu," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami