KUALA LUMPUR: Selepas penyanyi terkenal, Yuna membina kerjaya di kota seni masyhur dunia, Los Angeles (LA), kini tiba giliran rakan seangkatannya, Aizat Amdan pula mahu meneroka peluang yang sama.
Nekad untuk mencuba nasib di pasaran antarabangsa mendorong Aizat bersendirian berkelana ke LA beberapa hari lalu.
Bersendirian ke sana, namun, tentu sekali rakannya, Yuna sudah sedia membantu untuk memberi panduan dan memperkenalkan Aizat kepada karyawan muzik Amerika Syarikat (AS).
Melalui abangnya, Anas Amdan, Astro AWANI dimaklumkan, Aizat sememangnya sudah lama menyimpan keinginan untuk membina nama di persada seni antarabangsa.
Dan LA, jelas Anas, merupakan pilihan yang ideal dan diyakini akan menawarkan peluang buat adiknya itu.
“Terima kasih kami buat Yuna kerana membuka jalan buat Aizat. Yuna banyak membantu dan memperkenalkan bakat seni Aizat buat karyawan muzik di LA.
“Semoga segala usaha dan ikhtiar Aizat akan membuahkan hasil buatnya,” kata Anas dalam temu bual bersama Astro AWANI.
Menurut Anas, untuk permulaan, kunjungan Aizat ke LA adalah untuk berkenalan dengan beberapa wakil industri muzik.
Selama sebulan di LA, Aizat juga, kata Anas, yang sudah menandatangani kontrak di bawah label Yuna Room Records akan merangka pelan kerjaya seninya dibantu oleh Yuna.
Sementara pengedaran lagu-lagu Aizat kelak adalah di bawah pengurusan Independent Co iaitu label yang sama dinaungi Yuna.
Dalam usaha menempatkan namanya dalam industri muzik antarabangsa, Aizat seperti yang diketahui ramai juga memperkenalkan identitinya sebagai Ai.Z.
“Panggilan komersial itu sebagai usaha kami memasarkan bakat seni Aizat di pasaran sana. Sebagai orang asing di LA, sudah tentu banyak aspek yang perlu diberi perhatian dan kami juga akan melihat apakah kesesuaian-kesesuaian lain yang boleh dipadankan dengan Aizat di sana kelak,” kata Anas yang juga akan berangkat ke LA sekitar dua minggu lagi bagi menemani adiknya di sana.
Kerjasama Aizat dan Yuna menjadi perhatian peminat-peminat muzik tanah air kerana kolaborasi itu disifatkan seiring dengan aspirasi muzik kedua-dua penyanyi masyhur itu.
Bercerita mengenai kerjasama itu, Anas berkata, segala-galanya bermula sekitar tahun lalu semasa Yuna berada di tanah air ketika pandemik COVID-19 mula menular.
Ketika memperoleh peluang bersemuka, Yuna dan Aizat bercerita mengenai soal keperluan adanya kerjasama bagi merancakkan industri muzik tanah air.
“Tanpa disedari, ketika mereka sering berjumpa dan berbincang pasal muzik di studio rakaman tahu-tahu saja lima buah lagu dicipta. Ini kali pertama Yuna menghasilkan lagu untuk penyanyi lelaki.
“Dan lagu The Last Thing merupakan single pertama yang dipasarkan. Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat baik menyebabkan Aizat semakin terdorong untuk mencuba nasib di LA,” cerita Anas lagi.
Sementara itu, untuk single kedua dalam bahasa Inggeris, Use Me, jelas Anas, akan dipasarkan di pelbagai platform digital pada 5 November ini.
“Insya-Allah sekiranya semua rancangan berjalan lancar, pada tahun depan (2022) Aizat akan berpindah ke LA dan merakamkan lagu di sana dan mula berkarya di sana,” kata Anas lagi.
Saharudin Musthafa
Fri Oct 22 2021
Anas Amdan (kanan) bersama adiknya, Aizat Amdan dan Yuna. - Gambar Facebook Anas Amdan
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Aizat kini di Los Angeles, tinjau peluang kembang kerjaya
Penyanyi Yuna sedia membantu untuk memberi panduan dan memperkenalkan Aizat kepada karyawan muzik Amerika Syarikat.
ABPBH 29: Neelofa tak nafi kontroversi naikkan nama
Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH 29), Noor Neelofa Mohd Noor tidak menafikan namanya popular kerana kontroversi.
Senarai penuh pemenang ABPBH 29: Neelofa Bintang Paling Popular!
Neelofa dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH 29) yang berlangsung malam tadi.
"Bola Kampung" sasar kutipan RM10 juta
Bermula dengan pencalonan di Anugerah Emmy Kanak-Kanak, Animasia Studio memberanikan diri menerbitkan filem cereka.