awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mawar Taif Arab Saudi, pati berharga untuk industri minyak wangi
Musk dakwa bantahan terhadap deepfake Grok hanya alasan untuk penapisan
Kerajaan komited terjemah pertumbuhan ekonomi kepada pekerjaan dan masa depan rakyat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Aku dah nak mati ke?" - Siti Sarah kongsi detik cemas dikejarkan ke hospital

Gempak
Gempak
06/12/2017
03:24 MYT
"Aku dah nak mati ke?" - Siti Sarah kongsi detik cemas dikejarkan ke hospital
Penyanyi Siti Sarah mendedahkan dia panik apabila tiba-tiba hampir pitam di kediamannya sebelum dikejarkan ke hospital minggu lepas.
PENYANYI Siti Sarah mendedahkan dia panik apabila tiba-tiba hampir pitam di kediamannya sebelum dikejarkan ke hospital minggu lepas.
Kata Sarah, dia berulang kali memohon maaf kepada suaminya, Shuib, sepanjang perjalanan ke hospital.
"Aku ni dah nak mati ke? Itu yang bermain-main dalam kepala saya sepanjang perjalanan ke hospital dan ditahan dalam wad sehari.
"Tapi waktu itu saya nampak muka Shuib cool sahaja. Sampailah saya sudah kembali sihat dia ceritakan semula kepada saya dan barulah saya tahu dia memang betul-betul panik," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan rambut Sugardoll by NN di Flora Terrace, Kuala Lumpur pada Selasa.
BACA: Penyanyi Siti Sarah dikejarkan ke hospital
BACA: Siti Sarah berang dituduh potong usus untuk kurus
BACA: Siti Sarah dedah kenapa baru kenal Shuib dia dah sanggup nikah
Sarah dalam pada itu menjelaskan punca dia dimasukkan ke hospital bukan kerana diet melampau sebaliknya keletihan dan tekanan darah rendah.
"Pernah saya tidak sempat pulang ke rumah selama lima hari kerana terlalu sibuk dengan persembahan nyanyian.
"Saya tidak pernah tidak makan sebab saya seorang yang akan sentiasa membawa bekal apabila keluar.
"Tetapi mungkin ketika itu saya terlalu sibuk sampailah hampir pengsan.
"Memang saya sudah rasa sakit-sakit badan sejak beberapa hari namun saya kuatkan semangat untuk bekerja dan kuatkan semangat," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Sarah dilantik sebagai duta kepada produk penjagaan rambut Sugardoll by NN yang merangkumi syampu, perapi, tonik dan vitamin.
Teks oleh: Amri Hassan
Topic Berkaitan
#diet
#Hospital
#sakit
#Shuib
#Siti Sarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan