awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akui khilaf jemput Ustaz Wadi, Janna Nick mohon maaf

Astro Awani
Astro Awani
20/06/2023
00:00 MYT
Akui khilaf jemput Ustaz Wadi, Janna Nick mohon maaf
Janna dan Dini melangsungkan perkahwinan di sebuah resort terkemuka di Langkawi pada 10 Jun lalu. - Foto Instagram/jannanick
KUALA LUMPUR: Pelakon Janna Nick mengakui kekhilafannya apabila menjemput pendakwah popular, Ustaz Mohamad Wadi Annuar atau popular dengan panggilan Ustaz Wadi, ke majlis perkahwinannya bersama Dini Schatzmann, minggu lalu.
Kata Janna, dia terlepas pandang mengenai aspek penganjuran majlis resepsi yang kurang sesuai dihadiri tokoh agamawan seperti Ustaz Wadi.
"Tujuan saya menjemput Ustaz Wadi kerana malam sebelum hari pernikahan, kami minta beliau mengetuai majlis doa selamat dan bacaan Yassin.
"Malam itu juga, beliau ada menyampaikan ceramah berkaitan kehidupan berumah tangga.
"Saya minta maaf, saya sedar itu merupakan kelalaian dan kesalahan dari pihak saya (kerana) majlis itu tidak sesuai dengan beliau," katanya yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem Jemputan Ke Neraka, pada Isnin.
Pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner itu juga meminta agar orang ramai berhenti memperkatakan isu berkenaan apatah lagi selepas Ustaz Wadi sendiri sudah memberi penjelasan di pihaknya.
"Saya sangat menghormati Ustaz Wadi dan juga para ulama, kalau mahu bandingkan nama saya dengan Ustaz Wadi, sangat jauh perbezaannya.
"Saya rasa hina sangat kalau mahu panjangkan isu ini. Niat saya hanyalah sekadar memohon keberkatan dengan meminta seorang ahli agama yang tinggi ilmu, mendoakan majlis dan rumah tangga saya.
"Saya mohon kepada orang ramai untuk tidak lagi kaitkan nama Ustaz Wadi dengan saya. Saya juga telah membuat permohonan maaf secara peribadi dengan beliau," katanya lagi.
Terdahulu, netizen meluahkan rasa tidak selesa melihat kehadiran agamawan itu ke majlis resepsi pasangan berkenaan yang bertema ala kebaratan.
Netizen mempersoalkan kejanggalan apabila pendakwah itu 'terpaksa' berada dalam majlis di mana pengantin mengenakan pakaian tidak menutup aurat manakala tetamu yang hadir juga dilihat kurang tertib.
Dalam penjelasannya, Ustaz Wadi memaklumkan kehadirannya itu adalah kerana menjadi kewajipan untuk memenuhi undangan pernikahan, namun mengambil keputusan untuk meninggalkan majlis lebih awal selepas memaklumkan kepada tuan rumah.
Janna dan Dini melangsungkan perkahwinan di sebuah resort terkemuka di Langkawi pada 10 Jun lalu.
Topic Berkaitan
#Janna Nick
#pelakon
#Ustaz Wadi Annuar
#perkahwinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan