awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alami kesukaran bernafas, Pian Cecupak dikejarkan ke hospital

Gempak
Gempak
18/10/2018
04:15 MYT
Alami kesukaran bernafas, Pian Cecupak dikejarkan ke hospital
Pian Cecupak dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur tengah malam semalam selepas mengalami kesukaran bernafas. - Foto: Facebook Ainaa Rafique
PELAWAK Pian Cecupak atau nama sebenarnya, Mohd Rafik Abdul Rahman, 46, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur tengah malam semalam selepas mengalami kesukaran bernafas.
Berita tersebut disampaikan oleh anak Pian, Ainaa Rafique menerusi laman sosial Facebook miliknya.
“Assalamualaikum, mintak jasa baik kepada semua kawan kawan abah, doakan keadaan abah sekarang Rafik Rahman Dia Pian. Abah ada kat wad kecemasan HKL. #prayforpiancecupak,” tulis Ainaa.
Menerusi laporan Harian Metro, Pian dikatakan masih belum sedar dan sedang menerima rawatan rapi di HKL.
Ketika menerima berita terbabit, Ainaa berada di Singapura kerana sedang mengikuti kursus pekerjaan.
Menerusi kemas kini status terbaru Ainaa di laman Facebook, gadis itu memohon agar semua pihak tidak membuat andaian sendiri.
"Maaf semua saya baru nak balik ke Kuala Lumpur untuk lihat keadaan abah. Tolong semua jangan buat andaian masing-masing. Kami sekeluarga dan adik bradik abah ada bersama abah.
"Tolong faham keadaan kami yang masih belum boleh bagi kata putus apa-apa. Terima kasih, Assalammualaikum," tulis Ainaa.
Sebelum ini, Pian pernah mendirikan rumah tangga dan bercerai dengan bekas isteri pada 2000.
Menerusi perkahwinan terbabit, Pian dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Topic Berkaitan
#Hospital
#Pian Cecupak
#sesak nafas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan