TIADA siapa sebenarnya mampu mengagak ketika Ary mula-mula menyertai XPDC sama ada dia mampu membawa roh raja metal itu itu sama seperti mana arwah Mael lakukan ketika hayatnya.
Menjengah usia yang kini hampir setahun selepas pemergian Mael, peminat tegar XPDC nampaknya bukan sahaja mampu menerima kemasukan bekas penyanyi Fahrenheit itu, malah makin menyukai Ary.
Jika dilihat sebenarnya prestasi Ary juga semakin hari semakin menunjukkan keterampilan dan mutu vokal yang memberangsangkan serta terbukti menerusi konsert-konsert yang diadakan.
Lebih mengejutkan, ramai dalam kalangan peminat setia XPDC yang berani untuk meletakkan status bekas penyanyi Fahrenheit itu seakan mula menjelmakan bayangan Allahyarham Mael.
Sudah tentunya tidak akan tergapai karisma atau persamaan dengan Mael sebagai ikon heavy metal itu secara total, terutamanya membabitkan suara.
Namun memang tidak boleh dinafikan Ary hampir sekali menyempurnakan kelompongan yang ditinggalkan Mael sejak April lalu.
Menerusi pementasan konsert yang diadakan membabitkan XPDC yang sememangnya padat sejak Mei, keterampilan Ary dari semasa ke semasa diakui semakin matang dengan menyajikan mutu atau kualiti persembahan gred A.
Malah ada yang mula melihat kelincahan XPDC di era kegemilangan 90an dahulu yang mampu diterjemahkan semula oleh Ary ketika ini.
Beliau yang sempat dihubungi oleh Astro AWANI beberapa hari lalu berkata, dia amat bersyukur selepas mendapati hampir keseluruhan peminat tegar XPDC menerimanya sepenuh hati bersama kumpulan itu walau tidak dapat lari dari kerisauan mengenainya ketika di awal penampilan dahulu.
Namun, jelasnya, sokongan yang telah ditunjukkan oleh mereka sangat mengharukan apatah lagi XPDC ketika ini tidak pernah ketandusan jemputan oleh pihak penganjur dari seluruh negara untuk menyaksikan sendiri dengan mata mereka akan 'nafas' baharu XPDC bersamanya.
"Terima kasih banyak yang tak terhingga kepada semua ahli keluarga XPDC Kita Pengyu yang tidak pernah luntur memberikan sokongan padu kepada saya.
"Sesuatu yang tidak dapat saya jangkakan sehingga sebegini mereka menyokong penyertaan saya ke dalam XPDC.
"Bagi saya, ia terlalu berharga untuk digambarkan dan alhamdulillah keserasian saya bersama XPDC ketika semakin bertambah baik," kata Ary.
Agak mengejutkan juga apabila Ary mendakwa bahawa dalam kesibukan konsert dua hingga tiga kali seminggu itu, kesihatannya tidak berapa baik selepas beliau menghidap masalah batu karang.
"Sebenarnya baru-baru ini saya menjalani pembedahan untuk merawat penyakit batu karang yang saya hadapi.
"Baru sahaja keluar, saya terus bergegas membuat persediaan bagi konsert Pesta Pulau Pinang 2023 keesokan harinya.
"Mujur, alhamdulillah, saya dan band boy yang lain tidak menghadapi masalah dan konsert tersebut berjalan dengan lancar," katanya yang selepas itu terpaksa turun ke selatan tanah air pula untuk konsert XPDC seterusnya.
Ary juga bersetuju keserasian beliau dan XPDC dan peminat akan benar-benar teruji seandainya XPDC mula memasuki studio bagi proses rakaman single atau album.
"Itu sebenarnya yang saya mahukan kerana penerimaan kita dalam sesebuah kumpulan itu akan teruji sepenuhnya.
"Saya berharap agar impian itu mampu dilaksanakan secepat mungkin sebab saya sendiri agak teruja untuk melihat sejauh manakah saya dan XPDC diterima oleh peminat," jelasnya lagi.
Impian Ary itu sebetulnya ada kebenaran, malah XPDC menerusi perbualan AWANI dengan pengurusnya Yazid Selamat sebelum ini juga pernah menegaskan bahawa mereka kini sudah mempunyai material untuk pembikinan album baharu XPDC.
Bagaimanapun perancangan itu sedikit tergendala disebabkan jadual konsert yang begitu padat ketika ini walaupun niat untuk memasuki proses pembikinannya sudah dirancang lebih awal iaitu sekitar awal tahun 2023 lagi.
Jelas Ary, hasrat tersebut tetap akan terlaksana cuma waktunya itu sahaja belum pasti ketika ini.
"Saya harap agar proses pembikinan single atau album itu akan mula mampu direalisasikan sekurang-kurangnya sebelum bulan puasa tahun depan.
"Kekangan masa ketika ini memang diakui agak menyukarkan proses tersebut tetapi ia tetap akan berjalan juga nanti, Insya-Allah.
"Peminat XPDC mungkin turut tidak sabar seandainya kami mampu keluarkan lagu-lagu baharu memandangkan album terakhir terakhir mereka sudah agak terlalu lama.
"Apatah lagi XPDC ketika ini sebenarnya memiliki lagu yang menjadi hasrat Allahyarham Mael untuk dikeluarkan namun tidak kesampaian," kata Ary.
Dakwaan Ary itu turut disahkan oleh Yazid di mana ada sentuhan terakhir Allahyarham Mael yang akan peminat dengarkan di mana ia sebelum ini hasrat tersebut tidak sempat dilaksanakan.
Ia bermakna peminat XPDC masih boleh menarik nafas lega apabila sentuhan terakhir Mael itu akan mampu sampai ke halwa telinga mereka sejurus album tersebut dikeluarkan nanti.
Raja Hisyam Raja Zaid
Tue Dec 19 2023
Prestasi Ary (tengah) semakin hari menunjukkan keterampilan dan mutu vokal yang memberangsangkan serta terbukti menerusi konsert yang diadakan. -Astro AWANI
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Mintalah kebenaran Life Records dulu - XPDC Militia
Difahamkan, dua band sudah mendapat kebenaran syarikat rakaman Life Records selaku pihak yang bertanggungjawab memperkenalkan XPDC.
'Tukar nama atau tubuh band tribute!' - Freddie Fernandez usul cadangan selesai kemelut XPDC
Pihak yang ingin meneruskan persembahan dengan lagu-lagu XPDC perlu mendapat keizinan dan restu sepenuhnya daripada kedua-dua kumpulan asal itu.
'Keterlaluan' - Freddie Fernandez komen kemelut babitkan kumpulan XPDC
Sebarang usaha untuk mewujudkan satu lagi kumpulan muzik dengan menggunakan nama dan genre yang sama hanya akan melahirkan versi tiruan yang merosakkan kualiti dan jenama.
Tahap kesihatan Ali XPDC 'pelik tapi benar'
Serangan strok tidak melemahkan semangat Ali yang kelihatan kembali bangkit berjuang dalam industri muzik tanah air.
Album baharu XPDC nanti masih ada sentuhan terakhir arwah Mael - Ary
Prestasi Ary juga semakin hari semakin menunjukkan keterampilan dan mutu vokal yang memberangsangkan serta terbukti menerusi konsert-konsert yang diadakan.
XPDC bakal gegar MAEPS buat kali kedua
Namun, kali ini XPDC tidak berganding dengan Cromok tetapi dengan kumpulan Khalifah pada 7 Mei 2023.
Bekas pemain bass XPDC meninggal dunia
Allahyarham meninggal dunia pada jam 12.04 tengah malam di Hospital Selayang selepas tiga hari dimasukkan ke hospital.
Selepas fasa berkurung, XPDC 'mengamuk' di Tawau, Pulau Pinang
SEBUT saja nama kumpulan XPDC pasti hampir semua peminat muzik rock tanah air kenal dan mengakui sudah lama tidak melihat kelibat empat anggotanya beraksi ligat di pentas.
Umur sudah 50-an, namun Mael dan rakan-rakan XPDC masih tangkas di pentas
kecuali Jeff yang lain sudah melepasi zon 50an, namun hakikat itu nyata jauh tersasar dengan menyaksikan XPDC sentiasa sibuk memenuhi jemputan persembahan yang semakin rancak
Apa jadi bila Man Kidal dan XPDC bergabung layan lagu 'Bahalol'?
Sukar juga nak bayangkan 'lejen' gitaris kita Man Kidal beraksi dengan XPDC kerana tak pernah buat sebelum ni-XPDC