awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliff, Ruhainies mengaku tidak bersalah berkhalwat, minta dibicara

Faida Rahim
Faida Rahim
03/07/2024
02:55 MYT
Aliff, Ruhainies mengaku tidak bersalah berkhalwat, minta dibicara
Pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhawat pada Mac lalu. - Gambar Gempak
KUALA LUMPUR: Pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhawat pada Mac lalu.
Pengakuan tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.
Pendakwaan dibuat oleh Pendakwa Syarie dariJabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) iaitu Mond Nahar Mohamad dan Masroha Duki.
Pertuduhan terhadap pasangan itu mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah- Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya iika sabit kesalahan.
Kedua-dua mereka diwakili peguam Hadi Sallen dan Amirul Ashraf Ghani.
Aliff dan Ruhainies ditangkap atas dakwaan khalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.
Pada 20 Jun lalu, mereka juga hadir ke mahkamah bagi lanjutan bos jaminan berkenaan kes khalwat. Kes akan disebut semula pada 17 Oktober depan dan bon jaminan untuk Aliff dan Ruhainies juga dikekalkan.
Topic Berkaitan
#khalwat
#Aliff Aziz
#Ruhainies
#Bella Astilah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan