awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

All Stars Gegar Vaganza buka tirai esok, 'hot seat' jadi milik siapa?

Gempak
Gempak
23/09/2023
05:16 MYT
All Stars Gegar Vaganza buka tirai esok, 'hot seat' jadi milik siapa?
Daripada musim pertama hingga kesembilan, seramai 23 orang bintang yang tersenarai untuk diundi peminat. -Gempak
PASTINYA ramai yang menanti-nantikan rancangan realiti hiburan paling popular Gegar Vaganza, dan tahun ini lengkaplah sedekad acara itu berlangsung.
All Stars Gegar Vaganza menampilkan kesemua juara daripada musim pertama hingga kesembilan dan pastinya ramai yang ternanti-nantikan siapakah lima bintang yang bakal mengisi hot seat yang diperkenalkan kali ini.
Daripada musim pertama hingga kesembilan, seramai 23 orang bintang yang tersenarai untuk diundi peminat.
Mamat Exist, Ezad Lazim, Zarul Umbrella, Liza Hanim, Hazami, Amelina, Zamani Slam, Ayu Damit, Noraniza Idris, Nikki Palikat, Suki Low, Shila Amzah dan Tomok antara bintang yang tersenarai untuk merebut hot seat itu.
Pada konsert pertama hari Ahad nanti, peminat bakal menyaksikan pengumuman bintang yang terpilih untuk duduk di kerusi panas itu.
Selain hot seat, ramai juga yang menanti-nantikan gerangan hos yang bakal mengemudi rancangan mega ini. Segalanya bakal terjawab esok!
All Stars Gegar Vaganza akan berlangsung selama dua belas (12) minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO. -Gempak
Topic Berkaitan
#All Stars Gegar Vaganza
#hot seat
#Shila Amzah
#Zamani Slam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan