KETUA Juri All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Datuk Ramli MS akui terkejut dengan perubahan yang dilakukan oleh Aliff Aziz.

Menurut Ramli, persembahan Aliff di minggu kelapan sangat berlainan dan memaparkan sisi berbeza bintang ASGV itu.

“Saya memang terperanjat dengan Aliff, bunyi pertama yang keluar dekat telinga saya masa sesi latihan, saya terus pandang dia.

“Rasa macam 'Tipah tertipu' sebab saya tak jangka, suara dan feel yang keluar itu memang natural, god given.

“Anda semua telah dengar apa yang dia nyanyi, sangat natural, memang itulah jiwa dia, dia penyanyi Leman sebenarnya,” ujarnya.

Ramli berkata demikian ketika ditemui selepas tamat konsert kelapan yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.

Mengulas mengenai persembahan minggu kelapan, Ramli berharap kesemua bintang ASGV dapat memahami dan mempelajari maksud tersirat tema yang diberikan.

“Hari ini saya bagi kredit pada semua sebab usaha, kerajinan dan kerja keras mereka, itu yang saya mahukan.

“Biar mereka belajar, saya harap mereka ambil pembelajaran minggu ini bawa ke minggu hadapan. Belajar lagu apa yang mereka minta.

“Mereka yang mempunyai bakat dianugerahkan Tuhan itu sangat bertuah dan jangan bazirkannya. Apa yang Tuhan berikan itu gunakan sebaik mungkin,” ujarnya.

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam. -Gempak



ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.