awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

All Stars GV: Kak Lina nafi mengandung, bukan gimik tinggalkan GV

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
11/10/2023
14:09 MYT
All Stars GV: Kak Lina nafi mengandung, bukan gimik tinggalkan GV
Elly atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina dalam kenyataan di Instagram storynya berkata pengunduruannya daripada mengacarakan program realiti tersebut bukan gimik.
KUALA LUMPUR: Pengacara serba boleh, Elly Mazlein menafikan penarikan dirinya daripada program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) adalah kerana sedang berbadan dua.
Elly atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina dalam kenyataan di Instagram Storynya menyatakan, pengundurannya daripada mengacarakan program realiti tersebut bukan gimik.
Sebaliknya, pelantun lagu Bakawali itu menegaskan bahawa keputusan tersebut adalah kemahuan dirinya sepenuhnya.
"Sayang, ini bukan salah Astro, ini semua bukan gimik seperti Nabil Ahmad cakap.
"Inilah kenyataan di mana Kepom (Kak Lina) sudahpun tinggalkan GV buat selama-lamanya.. Ya .. tiada lagi.. cukup.. Ini semua keputusan Kepom sendiri," katanya dalam kenyataan tersebut pada Rabu malam.
BACA: Kak Lina undur diri sebagai pengacara All Stars Gegar Vaganza
Mengulas lanjut, pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 42, itu berkata dia dan keluarga dalam keadaan baik-baik sahaja.
Pada masa sama, dia turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang memberikan kata-kata semangat kepadanya.
"InsyaAllah kita jumpa di lain rancangan di Astro nanti, di GV sahaja Kepom tiada," ujarnya.
Dalam pada itu, Kak Lina turut menitipkan kata semangat kepada para peserta ASGV yang masih kekal di pentas itu.
Terdahulu, Astro dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, keputusan Kak Lina tidak lagi bersama keluarga besar Gegar Vaganza adalah disebabkan hal peribadi.
Topic Berkaitan
#Elly Mazlein
#All Stars Gegar Vaganza
#Kak Lina Pom Pom
#Kak Kepom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan