AKTOR Datuk Fizz Fairuz berkongsi keadaan terkini isterinya, Datin Almy Nadia, yang terpaksa menjalani pembedahan selepas disahkan memiliki ketumbuhan cyst dan hamil di luar rahim.
Menurut Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin, 43, ketumbuhan cyst di dalam badan isterinya itu perlu dibuang segera kerana dikhuatiri akan pecah.
"Almy masuk bilik pembedahan pada pukul 6.30 petang tadi (Sabtu). Doktor kata ada cyst berdekatan rahimnya.
“Cyst itu perlu dibuang cepat kerana takut pecah, jadi doktor cadang buat pembedahan segera,” kata Fizz.
Menerusi laman sosial Instagram, Fizz turut berkongsi emosi sedih dengan semua pengikutnya.
Sementara itu, Fizz memaklumkan ujian kehamilan Almy menunjukkan keputusan yang positif namun ketika diperiksa dengan lanjut, rahimnya menjadi kosong.
"Bila doktor periksa dekat rahim kosong. Ada setitik ketulan dalam rahim tapi doktor kata bukan. Ujian air kencing kata positif (hamil). Bila buat pemeriksaan lain baru nampak ketulan dekat luar rahim.
"Ada cyst yang mengganggu, kena buang cyst itu cepat dan kandungan luar rahim itu pun kena buang juga sebab takut pecah.
Dalam pada itu, Almy turut berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan antaranya cirit-birit, sakit perut dan lemah sejak kebelakangan ini.
"Dia tunjuk simptom demam, cirit birit, sakit perut dan lemah. Itu yang kami pergi buat pemeriksaan doktor tu," tambahnya lagi.
Untuk rekod, Fizz mendirikan rumah tangga dengan Almy pada 26 April 2014 dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata perempuan. - Gempak
Gempak
Sun Sep 25 2022

Almy Nadia terpaksa menjalani pembedahan selepas disahkan memiliki ketumbuhan cyst dan hamil di luar rahim. - Astro GEMPAK

AWANI Ringkas: Wujudkan hospital lapangan di Turkiye
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI 7:45 [08/02/2023] - Ketirisan perolehan vaksin? | Penguat kuasa perlu berani | Malaysia tambah anggota ke Turkiye | Bunuh sebab cemburu AWANI 7:45 [08/02/2023] - Ketirisan perolehan vaksin? | Penguat kuasa perlu berani | Malaysia tambah anggota ke Turkiye | Bunuh sebab cemburu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008594/35293274941675861107760_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [08/02/2023] - Ketirisan perolehan vaksin? | Penguat kuasa perlu berani | Malaysia tambah anggota ke Turkiye | Bunuh sebab cemburu
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz; 1. Pembelian meragukan, kertas putih berkaitan vaksin dibentang di Parlimen 2. Malaysia terus bantu Turkiye, lebih dua juta disalurkan 3. MB Kedah dakwa rundingan agihan kerusi PH-BN akan gagal, sebab UMNO 4. Rasuah makin membarah, sampai urus jenazah pun minta suapan #AWANInews

Konflik Papua | Indonesia cari juruterbang warga New Zealand di Papua
Indonesia menggerakkan operasi mencari juruterbang warga New Zealand serta beberapa penumpang selepas sebuah pesawat kecil dibakar oleh sekumpulan pejuang pemisah di Papua.

Tragedi Itaewon | Menteri Korea Selatan dipecat gagal tangani situasi rempuhan
Ahli Parlimen Korea Selatan mengundi untuk menyingkirkan Menteri Dalam Negeri, Lee Sang-Min berhubung tindak balasnya terhadap insiden rempuhan Halloween di Itaewon.

Toyota Tour | Jelajah negara bermula Mac, martabat sukan golf
Bermula Mac ini, Toyota Tour akan mengembara ke seluruh negara dengan misi menjadi platform buat pemain golf mengasah bakat dan kebolehan bagi bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Lesen gerenti lulus: 2 pembantu penguat kuasa ditahan SPRM
SPRM menahan dua pembantu penguat kuasa kanan sebuah agensi kerajaan yang disyaki menerima wang rasuah bagi urusan permohonan lesen kenderaan 'gerenti lulus'.

Putin didakwa 'luluskan' bekalan peluru berpandu tembak jatuh MH17 - Pasukan penyiasat
Sistem peluru berpandu BUK-TELAR itu telah digunakan untuk menembak jatuh MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

'Peluang KJ jadi MB lebih luas di Kelantan' - Aminuddin
MB Negeri Sembilan saran Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal cadangkan nama Khairy untuk bertanding di Kelantan.

Sanusi alu-alukan Mahfuz bertanding di DUN dalam PRN Kedah
MB Kedah ajak Mahfuz tebus kekalahan pada PRU15 dalam PRN Kedah.

Gempa Turkiye | Kepentingan mempunyai sistem kesihatan kukuh, berdaya tahan
Tragedi gempa bumi di Turkiye dan Syria menunjukkan betapa pentingnya mempunyai sistem kesihatan yang kukuh dan berdaya tahan.

Almy Nadia hamil luar rahim, perlu jalani pembedahan buang ketumbuhan cyst
Menurut Fizz, ketumbuhan cyst di dalam badan isterinya itu perlu dibuang segera kerana dikhuatiri akan pecah.

Almy Nadia selamat bersalin anak perempuan keempat
Selepas suaminya berkongsi khabar gembira tersebut, Almy juga memberitahu anak keempatnya ini dilahirkan seminggu lebih awal daripada jangkaan.

Cukup sedih! Nak masuk rumah, mangsa banjir terpaksa korek tanah dulu - Fizz Fairuz
Melihat kemusnahan dan penderitaan mangsa banjir dengan mata sendiri nyata cukup menyentap naluri pelakon, Datuk Fizz Fairuz.

"Maafkan mama wahai anakku Mohammad..." - Almy Nadia redha anak dikandung meninggal dunia
Al- Fatihah...

'Alhamdulillah, Allah panjangkan usia perkahwinan kami' - Almy Nadia
Kejap je dah lima tahun kan?

"Mak Cik Puaka orang industri!" - Fizz Fairuz tunggu permohonan maaf
Pelakon Datuk Fizz Fairuz mendedahkan telah mengenalpasti 70 peratus daripada identiti sebenar di sebalik pemilik Instagram @makcikpuaka.

Fitnah ditangkap khalwat: Fizz Fairuz bakal saman
Pelkon Datuk Fizz Fairuz bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang telah melemparkan fitnah dan mengaitkan dirinya dengan isu seorang lelaki bergelar Datuk Seri ditangkap khalwat.

Hamil anak ketiga, tetap kerja bantu suami - Almy Nadia
Pelakon Datin Almy Nadia meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang mempertikaikan kerja yang sering dilakukan olehnya.

Ditegur makin gemuk dan besar, ini jawapan paling 'win' Almy Nadia
Pelakon Datin Almy Nadia kesal apabila ada pihak yang mempertikaikan fizikalnya kerana didakwa semakin gemuk ketika sedang hamil anak ketiga.

'Sejak mengandung, Almy makan sedikit sahaja, berat badan turun mendadak' - Fizz Fairuz
"Bayangkan dia mengalami alahan dengan bau busuk, bau wangi dan bau makanan. Sejak mengandung ini, Almy makan sedikit sahaja.