awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alya Iman jawab spekulasi berkahwin hari ini

Gempak
Gempak
21/08/2023
09:16 MYT
Alya Iman jawab spekulasi berkahwin hari ini
Alya tampil menjelaskan dia kini sedang menjalani penggambaran untuk koleksi baju pengantin sebuah jenama tempatan. -Gempak
PERKONGSIAN video memperlihatkan pelakon cantik Alya Iman memakai busana pengantin berwarna putih yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Isnin mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen.
Enggan membiarkan ia menjadi salah faham, Alya tampil menjelaskan dia kini sedang menjalani penggambaran untuk koleksi baju pengantin sebuah jenama tempatan.
Malah anak kepada pelakon terkenal Allahyarham Azmil Mustapha itu juga menegaskan dia belum berkahwin dan tiada sebarang majlis pernikahan yang berlaku pada hari ini.
“Penjelasan, sebab saya rasa berdosa… saya tengah shoot kempen untuk Qiszar. Jadi, tidak… saya bukan bakal melangsungkan perkahwinan pada hari ini.
“Tidak! Saya belum berkahwin,” kata Alya menerusi video yang dimuat naik di Instastory.
Terdahulu, Alya pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang lelaki berstatus suami orang pada Februari 2020 namun ikatan itu hanya bertahan selama sebulan sahaja.
Alya kemudian menjalinkan hubungan cinta dengan seorang duda kepada dua orang anak yang dikenali sebagai Ridhwan Rosli namun hanya bertahan selama dua tahun sahaja. -Gempak
Topic Berkaitan
#Alya Iman
#busana pengantin
#penggambaran untuk koleksi baju pengantin
#Azmil Mustapha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan