awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AMA 2021: BTS artis Asia pertama rangkul anugerah 'Artist of the Year'

Gempak
Gempak
22/11/2021
04:37 MYT
AMA 2021: BTS artis Asia pertama rangkul anugerah 'Artist of the Year'
BTS melakar sejarah apabila menjadi artis Asia pertama memenangi kategori Artis Sepanjang Tahun pada acara muzik American Music Awards 2021 (AMA2021). -Reuters
KUMPULAN K-pop popular BTS melakar sejarah apabila menjadi artis Asia pertama memenangi kategori Artis Sepanjang Tahun pada acara muzik American Music Awards 2021 (AMA2021) yang diumumkan pada hari ini.
BTS telah mengetepikan pencabar lain seperti Drake, Ariana Grande, Olivia Rodrigo, Taylor Swift dan The Weeknd untuk kategori sama.
Selain memenangi kategori terbabit, BTS turut membawa pulang dua trofi utama lain iaitu Duo/Berkumpulan Pop Pilihan dan Lagu Pop Pilihan menerusi lagu Butter.
Empat tahun lalu, BTS pernah tampil pertama kali di pentas AMA menerusi persembahan lagu DNA dan kata anggota kumpulan itu, kemenangan itu umpama mimpi.
"Kami teruja dan gementar pada masa sama.
"Ini satu perjalanan yang sangat luar biasa dan 'gila' sejak kami bermula sebagai artis.
"Tiada siapa sangka kami ada berada di sini untuk menerima trofi ini," ujar RM ketika ucapannya.
BTS turut membuat persembahan dengan lagu hit "Butter" dan pertama kalinya menyanyikan lagu kolaborasi dengan Coldplay "My Universe" secara langsung.
AMA 2021 berlangsung di Microsoft Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat dan diacarakan oleh penyanyi rap wanita, Cardi B.
Berikut merupakan senarai penuh pemenang AMA 2021:
Artis Sepanjang Tahun BTS
Artis Baharu Sepanjang Tahun Olivia Rodrigo
Kolaborasi Sepanjang Tahun Kiss Me More – Doja Cat ft. SZA
Muzik Video Pilihan MONTERO (Call Me By Your Name) – Lil Nas X
Artis Pop Lelaki Pilihan Ed Sheeran
Artis Pop Wanita Pilihan Taylor Swift
Duo/Berkumpulan Pop Pilihan BTS
Album Pop Pilihan Evermore – Taylor Swift
Lagu Pop Pilihan Butter – BTS
Artis Country Lelaki Pilihan Luke Bryan
Artis Country Wanita Pilihan Carrie Underwood
Topic Berkaitan
#BTS
#American Music Awards 2021
#artis Asia pertama menang anugerah
#Taylor Swift
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan