awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amir Ahnaf rampas Anna Jobling? Ini penjelasan Meerqeen...

Gempak
Gempak
29/11/2023
02:30 MYT
Amir Ahnaf rampas Anna Jobling? Ini penjelasan Meerqeen...
Meerqeen (kanan) berkata, tidak timbul isu Amir Ahnaf merampas Anna Jobling daripadanya kerana dia dan Anna hanyalah kawan biasa.
PELAKON Meerqeen tampil memberi kenyataan mengenai gosip nakal yang mendakwa rakan pelakon, Amir Ahnaf telah ‘merampas’ Anna Jobling daripadanya susulan kerjasama perdana dua dramatis itu menerusi drama Syurga Itu Bukan Mudah.
Meerqeen berkata, isu tersebut sepatutnya tidak perlu timbul memandangkan dia dan Anna hanyalah sekadar kawan dan tiada sebarang hubungan istimewa.
“Tidak timbul isu rampas merampas kerana antara saya dan Anna hanya sekadar kawan, tiada sebarang hubungan istimewa.
“Bagi saya, hanya persepsi orang luar kerana hakikatnya, kami bertiga tiada sebarang masalah. Jangan pula kerana pihak lain yang mengapi-apikan hal ini, hubungan kami sebagai rakan sesama industri jadi tidak baik,” katanya kepada Gempak.
Meerqeen berkata demikian ketika ditemui pada acara Viu Upfront 2024 yang berlangsung di ibu kota pada Selasa.
Pelakon Ash & Aish itu menambah, sebagai sahabat, dia tidak berhak untuk menghalang Anna berkawan dengan sesiapa sahaja, sementelah tiada sebarang ikatan rasmi antara mereka.
“Hanya itu sahaja yang dapat saya katakan mengenai hal berkenaan. Tambahan pula, sebagai pelakon, saya perlu bersikap profesional kerana industri hiburan kita kecil.
“Lambat-laun, pasti kami akan bertemu juga. Jadi, hal ini tidak perlu diperbesarkan kerana tiada isu pun antara kami,” katanya lagi.
Melanjutkan bicara mengenai gandingan bersama Anna pada masa akan datang, Meerqeen berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah jika pihak produksi mahu dia dan Anna berlakon bersama.
“Saya serahkan kepada peminat… sebab saya hanya menjalankan tanggungjawab apabila bersetuju untuk menjayakan sesebuah produksi.
“Mungkin peminat masih belum dapat melupakan keserasian kami ketika beraksi dalam Melur Untuk Firdaus. Tetapi, kami juga harus mencuba pelbagai watak lain yang memerlukan saya dan Anna bergandingan dengan pelakon lain.
“Dalam hal ini, semua pihak perlu bersikap terbuka. Tidak perlulah hal ini diperbesarkan dan dijadikan isu,” kongsinya. - Gempak
Topic Berkaitan
#Merqeen
#Anna Jobling
#Amir Ahnaf
#Syurga Itu Bukan Mudah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan