awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak bertunang, Sheila Majid kongsi berita gembira bakal sambut menantu

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
21/12/2020
12:12 MYT
Anak bertunang, Sheila Majid kongsi berita gembira bakal sambut menantu
Megat Abdul Majid Aziz selamat melangsungkan pertunangan bersama pasangan pilihannya pada Isnin. - Foto Instagram Sheila Majid
KUALA LUMPUR:Ibu mana yang tidak mahu melihat anaknya bahagia.
Itulah yang dapat digambarkan penyanyi tersohor negara, Datuk Sheila Majid apabila beliau berkongsi berita gembira tentang majlis pertunangan anak keduanya, Megat Abdul Majid Aziz.
Sheila, yang sinonim dengan lagu Sinaran dan Lagenda itu, memuat naik beberapa keping gambar dan video di laman Instagramnya pada Isnin.
Menerusi kemas kini itu, Sheila menyatakan bahawa majlis pertunangan itu adalah penutup gembira bagi tahun 2020 buat dirinya dan keluarga.
View this post on Instagram
A post shared by missmajid (@missmajid)
Majlis pertunangan itu dijalankan dalam suasana sederhana dan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pasangan.
Laman Instagram Sheila turut dibanjiri dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan artis tempatan dan seberang. Antara selebriti yang turut berkongsi kegembiraan termasuk pelakon Fazura dan Elaine Daly serta selebriti Indonesia, Krisdayanti, Marcell dan Tohpati.
Megat merupakan anak kedua Sheila daripada perkahwinan pertamanya dengan penerbit, Roslan Aziz.
Perkahwinan kedua Sheila bersama pengarah dan penggubah muzik, Datuk Hashridz Murshim Hassim (atau lebih popular dengan panggilan Acis), mereka dikurniakan dua cahaya mata Khadeja Zaireen, 16 dan Khalefa Laila Murshim, 14.
Topic Berkaitan
#Datuk Sheila Majid
#Megat Abdul Majid Aziz
#Bertunang
#Roslan Aziz
#Instagram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan