awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Norman Hakim pelajar pertama hafal 160 bait 'Qasidah Burdah'

Sinar Harian
Sinar Harian
21/11/2018
03:05 MYT
Anak Norman Hakim pelajar pertama hafal 160 bait 'Qasidah Burdah'
Norman begitu teruja dan gembira kerana anaknya menerima anugerah Hafalan Qasidah Burdah Al-Busiri. - Foto Astro GEMPAK
JIKA sebelum ini, anak lelaki pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi diraikan pada Majlis Konvokesyen Huffaz.
Hari ini, sempena sambutan Maulidur Rasul, giliran anak perempuan mereka, Marissa Dania Hakim, diraikan Majlis Konvokesyen Al-Quran, Hadith & Turath As-Sofa 2018 di Kuala Lumpur.
Norman begitu teruja dan gembira kerana anaknya menerima anugerah Hafalan Qasidah Burdah Al-Busiri.
Menerusi Instagram miliknya, Qasidah Burdah adalah terjemahan kehidupan Nabi Muhammad S.A.W. ke dalam bentuk bait-bait puisi kesusasteraan Arab oleh Imam Al-Busiri yang mengandungi 160 bait.
Malah difahamkan, anaknya juga merupakan pelajar perempuan pertama berjaya menghafal 160 bait dalam tempoh empat hari.
"Alhamdulillah syukur Ustazah maklum, Dania adalah pelajar wanita pertama yang dapat hafal 160 bait itu dalam masa empat hari.
"Allahu Alhamdulillah syukur terima kasih sekali lagi Ya ALLAH, maha pengasih dan pemberi segala nikmat serta rahmat," katanya mengucap syukur kerana memilih dan memberi peluang kepada anak-anaknya dalam memperjuangkan kitab suci.
Dalam pada itu, Norman turut mengajak netizen untuk terus mengisi masa terluang hari ini dengan memuji dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Topic Berkaitan
#Abby Abadi
#anak
#Hafalan Qasidah Burdah Al-Busiri
#Maulidur Rasul
#Nabi Muhammad S A W
#Norman Hakim
#pelajar
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan