KUALA LUMPUR:Lagu "Ittihad" dendangan kumpulan nasyid popular negara Rabbani merangkul Anugerah Lagu Nasyid Terbaik pada Anugerah Nasyid Malaysia 2020 (ANAM 2020) yang julung kali diadakan malam tadi.
Lagu itu digubah oleh Azmee Abdul Manap atau lebih dikenali sebagai Daqmie.
Selain itu, pemenang lain ANAM 2020 adalah Kumpulan Inteam bagi Anugerah Nasyid Pilihan; Aniq Muhai (Artis Nasyid Baharu Pilihan); Nissa Sabyan (Nasyid Nusantara Pilihan); Sakit (Rakaman Lagu Nasyid Terbaik); Omar K (Susunan Muzik Nasyid Terbaik); Rabbani (Vokal Nasyid Terbaik) dan Ito Lara (Lirik Nasyid Terbaik).
Tiada pemenang untuk Anugerah Video Muzik Terbaik, sementara dua anugerah khas iaitu Anugerah Khalifah diberikan kepada kumpulan Raihan, manakala kumpulan Inteam turut membawa pulang Anugerah Kembara.
ANAM 2020 merupakan anjuran Majlis Usahawan Nasyid (Munsyid) Malaysia dengan sokongan serta kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Penganjuran majlis anugerah itu menerima 585 penyertaan bagi sembilan kategori yang dipertandingkan dan dua kategori anugerah khas yang dikhususkan kepada individu atau kumpulan yang memperoleh pencapaian tertinggi yang dinilai oleh juri.
Acara itu turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek.
Sementara itu, Saifuddin berkata acara malam tadi merupakan julung kali dua kementerian secara rasmi memberi dukungan kepada anugerah nasyid.
"Alhamdulillah, nampaknya cukup hebat persembahannya begitu baik sekali dan ada kualiti dalam anugerah-anugerah yang dimenangi oleh para pemenang dan kita lihat ada kumpulan-kumpulan baharu, juga sudah ada juga penyanyi baharu.
"Kita berharap dengan kejayaan malam ini kita boleh meneruskannya sebagai acara tahunan dan cita-cita saya dan Dr Zul (Zulkifli Mohamad) pada tahun depan kita akan adakan Anugerah Nasyid Malaysia peringkat antarabangsa," katanya.
Dalam pada itu, Zulkifli berkata penganjuran seumpama itu boleh mencungkil bakat luar biasa serta menunjukkan kesungguhan individu atau kumpulan berdakwah.
"Begitu juga anugerah-anugerah yang dikemukakan memberi satu makna dan signal bahawa Malaysia layak untuk menjadi hab nasyid antarabangsa satu hari nanti," katanya.
ANAM 2020 diadakan dalam pematuhan normal baharu dengan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19 dan buat julung kalinya acara hiburan turut menampilkan jurubahasa isyarat dalam penganjurannya.
Majlis itu turut diserikan dengan persembahan daripada artis terkemuka negara seperti Datuk Jamal Abdillah, Ali Terra Rossa, Akhil Hayy dan Altimet, selain artis nasyid berkumpulan popular Brothers, Rabbani, Raihan dan Hijjaz.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 27 2020
Dari kiri, Ito Lara, Azadan Aziz (Rabbani) dan Daqmie bersama trofi selepas dinobatkan Lirik Lagu Nasyid Terbaik, Vokal Nasyid Terbaik dan Lagu Nasyid Terbaik pada majlis di Angkasapuri malam tadi. --fotoBERNAMA
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Siti Nordiana beri 'Amaran' kepada Bunga Isme
Lagu Amaran yang dicipta oleh Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat kini boleh mula distrim menerusi semua platform media sosial.
Jelaskan, naskhah akhir Sandra Dianne
Walaupun sudah 'pergi' pada bulan lalu, namun Allahyarham Sandra Dianne sempat meninggalkan karya suaranya untuk dendangan ramai.
'Comeback' Misha Omar menerusi Tanpa Rela buat peminat ulang banyak kali
Siapa belum dengar kena dengar cepat
'Folklore' Taylor Swift terjual 1.3 juta unit dalam tempoh kurang sehari
Kurang 24 jam diumumkan pelancarannya, album terbaharu daripada Taylor Swift "Folkfore" sudah berjaya dijual sebanyak 1.3 juta unit secara global.
'12 Tahun Terindah' luahan rindu BCL terhadap Ashraf Sinclair
Siapa yang tidak sedih kehilangan orang yang tersayang setelah lama hidup bersama.
Pelancaran tertunda sejak April, akhirnya ManifestaSITI2020 dilancar
ManifestaSITI2020 sepatutnya dilancarkan pada bulan April namun disebabkan berlakunya pelbagai kekangan dan penularan wabak COVID-19 pelancaran tersebut terpaksa ditunda.
BTS bakal lancar single terbaharu di aplikasi TikTok
Menurut aplikasi TikTok, kumpulan yang popular dengan lagu Luv With Boys itu akan melancarkan pratonton lagu terbaharu mereka iaitu 'ON' menerusi aplikasi tersebut.
Umur sudah 50-an, namun Mael dan rakan-rakan XPDC masih tangkas di pentas
kecuali Jeff yang lain sudah melepasi zon 50an, namun hakikat itu nyata jauh tersasar dengan menyaksikan XPDC sentiasa sibuk memenuhi jemputan persembahan yang semakin rancak
Apa jadi bila Man Kidal dan XPDC bergabung layan lagu 'Bahalol'?
Sukar juga nak bayangkan 'lejen' gitaris kita Man Kidal beraksi dengan XPDC kerana tak pernah buat sebelum ni-XPDC
Meghan Trainor nyanyikan semula lagu sitkom Friends, I'll Be There For You
Lagu tema sitkom itu pernah dinyanyikan oleh The Rembrandts yang diangotai oleh Phil Solem dan Danny Wilde