awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggap kontroversi proses pembelajaran, Sufian Suhaimi tidak melatah

Gempak
Gempak
05/03/2019
04:59 MYT
Anggap kontroversi proses pembelajaran, Sufian Suhaimi tidak melatah
Pelantun lagu Di Matamu berkata dia sangat tenang menghadapi segala dugaan yang menimpa disebabkan hasil pembelajaran ketika dia menjadi seorang pelajar. - Foto Astro GEMPAK
PENYANYI Sufian Suhaimi menjelaskan segala isu dan kontroversi yang melanda adalah proses pembelajaran.
Menurut Sufian, pengalaman lalu mengajar dirinya untuk menjadi seorang yang tenang serta tidak cepat melatah.
"Semenjak saya keluarkan single berjudul Terakhir, pelbagai isu dan gosip yang terpalit terhadap nama Sufian Suhaimi. Saya rasa itu adalah proses pembelajaran yang saya lalui."
Pengalaman sebelum ini banyak mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih tenang, tidak cepat melatah dan juga tahu bagaimana untuk mengawal isu atau kontroversi.
"Pengalaman silam juga banyak membantu untuk menjadi siapa saya pada hari ini," katanya kepada Gempak.
Sufian ditemui sejurus usai penggambaran sebuah program realiti musim terbaru di Restoran Lila Wadi, Kuantan.
Pelantun lagu Di Matamu berkata dia sangat tenang menghadapi segala dugaan yang menimpa disebabkan hasil pembelajaran ketika dia menjadi seorang pelajar.
"Secara praktikal mungkin saya pernah belajar cara menguruskan krisis ketika di dalam kelas sepanjang pengajian saya sebagai seorang pelajar.
"Apabila kita memasuki industri seni, secara tidak langsung kita dapat menggunakan ilmu yang diperoleh ke dunia sebenar," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Di Matamu
#kontroversi
#penyanyi
#selebriti
#Sufian Suhaimi
#Terakhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan