Penganjuran Anugerah Seni BOH Cameronian ke-11 turut memberi penghormatan kepada tiga tokoh seniman tanah air.
Mereka ialah Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee, Sasterawan Negara Datuk Dr Usman Awang dan penggiat teater tersohor Datuk Krishen Jit.
“Seni tidak dapat dipisahkan dengan elemen kemanusiaan, ia mewakili identiti budaya dan masyarakat. Ia adalah elemen utama dalam setiap perjalanan manusia dan hasil dari pencapaian manusia. Tahun ini kami mendedikasikan penghargaan kami buat mereka yang telah memberi pengaruh besar kepada pembangunan dan evolusi seni Malaysia pada era 60an.” jelas Low Ngai Yuen selaku Presiden Kakiseni.
“Saya mahu membawa kembali semangat seni sewaktu era yang mana mengangkat kebebasan bereksperimentasi dan perkembangan kreatif tanpa batasan.” tambahnya lagi.
Mewakili mendiang Krishen Jit ialah isterinya Datin Marion de Cruz yang berkata usaha memperingati tokoh seniman tanahair perlu dilakukan setiap masa agar kita tidak cepat terlupa
“Mereka ialah insan-insan seni yang telah meneroka jalan yang luas kepada generasi baru untuk meneruskan perjalanan yang yang lebih mudah berbanding jalan sukar mereka terdahulu. Mereka ialah tokoh yang wajar kita ingati…antaranya Krishen Jit, Rahim Razali, P.Ramlee, Usman Awang, Ghouse Nasaruddin dan ramai lagi.”
“Malangnya kita rakyat Malaysia memiliki memori jangka pendek yang sentiasa membuatkan kita cepat terlupa akan jasa-jasa mereka. Banyak contoh...dan tidak mustahil selepas sebulan kita akan melupakan tragedi yang menimpa pesawat MH370.” tambah Marion lagi.
Terharu dengan penghargaan yang diberikan kepada bapanya, Haslina Usman sambil mengalirkan air mata menganggap tokoh seniman terdahulu ialah pemikir pada zaman mereka yang karya masih relevan hingga sekarang.
“Mereka ialah pemikir yang telah mencorakkan identiti bangsa dan seni negara. Mereka ialah khazanah negara. Tulisan-tulisan bapa saya menerusi puisi-puisinya kekal relevan dan tepat dengan situasi negara sekarang. Namun sejauh manakah ianya diteladani oleh generasi sekarang?” soalnya.
Dalam pada itu, BOH Plantations selaku penaja utama turut bersetuju memaparkan wajah ketiga-tiga tokoh pilihan menerusi produk edisi terhad mereka sempena majlis anugerah ini.
Sebanyak 36 kategori dipertandingkan dan diadili oleh 20 karyawan profesional untuk kategori tarian, muzik, teater dan teater muzikal.
Bagi merancakkan majlis penganugerahan pada 27 April depan, pelbagai acara bakal dijalankan bermula 14 hingga 26 April di sekitar Pavilion Kuala Lumpur.
Senarai penuh pencalonan di laman web Kakiseni.
Muzaffar Mustapa
Thu Apr 03 2014
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
MerdekaKU: Visi Tiara lahir generasi seni berketrampilan
Enfiniti Academy telah melahirkan lebih 7,000 graduan dan ia merupakan satu kejayaan besar bagi sebuah akademi seni seusianya.
OlaBola The Musical ungguli Anugerah Seni Boh Cameronian ke 16
Arahan pertama Puan Sri Tiara Jacquelina itu membolot lapan anugerah, termasuk anugerah utama, Best of 2018.
Teater muzikal Empress Wu menang besar
'Empress Wu' arahan Pun Kai Loon mengungguli enam dari 15 pencalonan di Anugerah Seni Boh Cameronian ke-10.