awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
Rizalman bersyukur, jariah bina Surau Ar Rijal bersama penderma Yayasan RI terlaksana
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ariel Noah bosan menyanyi, 10 bulan habiskan masa di rumah

Gempak
Gempak
27/10/2024
07:05 MYT
Ariel Noah bosan menyanyi, 10 bulan habiskan masa di rumah
Ariel mengaku lebih senang menghabiskan masa di rumah dan melakukan aktiviti selain menyanyi. - Gempak
KUMPULAN Noah saat ini diketahui sedang berehat daripada aktiviti persembahan termasuk berskala kecil dan besar.
Keputusan berehat diumumkan kugiran tersebut pada tahun lalu sebelum Noah tidak lagi membuat persembahan bermula Januari 2024.
Kini selepas 10 bulan berehat, vokalis Noah, Ariel memberitahu dia masih mengelak untuk menyanyi.
Sebaliknya Ariel mengaku lebih senang menghabiskan masa di rumah dan melakukan aktiviti selain menyanyi.
Malah kali terakhir vokalis yang sudah lebih 18 tahun menjadi pemuzik dan penyanyi itu menyanyi adalah pada Januari 2024.
“Jujur, saya bosan jadi memang sepanjang berehat ini saya mengelak untuk menyanyi,” ujar Ariel seperti dilaporkan Kompas.
Pelantun lagu Yang Terdalam itu menyambung: “Saya lebih senang menghabiskan masa di rumah.
“Saya suka di rumah saja mungkin ada yang panggil itu introvert? Tapi pokoknya mungkin saya memang pemalas.
“Suka habiskan masa di rumah ada banyak benda yang saya lakukan seperti membuat meja.”
Namun kata Ariel ada masa dia masih melakukan aktiviti seperti menaiki motosikal dan menyanyi sekitar satu atau dua lagu pada acara tanpa ditemani anggota Noah yang lain. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Ariel Noah
#bosan menyanyi
#penyanyi Indonesia
#rehat 10 bulan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan