ENTERTAINMENT
'Arwah tinggalkan legasi cukup besar' - Anzalna sebak jadi duta ganti arwah Siti Sarah

Akui pelakon Anzalna Nasir, dia sanggup menolak tawaran menjadi duta tudung jenama lain demi arwah Siti Sarah. -Foto Keluarga
SEBELUM ini Arwah pernah ‘melamar’ dia untuk produk kosmetik, namun terpaksa ditolak kerana komitmennya pada produk lain.
Siapa sangka, dia sekali lagi dilamar. Kali ini sebagai duta tudung di bawah syarikat milik Allahyarham Siti Sarah.

Akui pelakon Anzalna Nasir, dia sanggup menolak tawaran menjadi duta tudung jenama lain demi arwah Siti Sarah.

"Kali ini dapat tawaran jadi duta tudung, malangnya tak berkesempatan untuk bekerjasama dengan arwah.
"Saya terima walaupun dalam masa yang sama ada terima tawaran dari tudung lain.
”Dalam masa yang sama, saya terima lamaran Loveta dan mahu bantu ahli dalam Loveta sendiri."
Mengulas mengenai situasinya yang agak emosi ketika sesi penggambaran video, akui ibu kepada seorang cahaya mata ini dia tidak dapat menahan sebak apabila dipilih menjadi duta menggantikan arwah.

“Bila dengar lagu arwah dengan situasi Mak De (ibu tiri arwah) yang rapat dengan arwah.
"So bila nampak Mak De mengalir air mata, seluruh team nangis dan tak boleh nak tahan sebak dan turut sama mengalir air mata.
Jelas Anzalna lagi, dia turut terlibat secara langsung dalam pemilihan material dan design.
”Saya baru pakai tudung, jadi saya nak yang sesuai, sarungkan je. Pilihan warna pun saya pilih.
"Tudung ini menepati citarasa saya dan ini juga pertama kali Loveta keluarkan warna putih,” ulas Anzalna ketika ditemui dalam majlis pelancaran tudung Loveta baru-baru ini.
Dalam pada itu, Anzalna turut bersyukur kerana maklum balas yang diterima cukup positif serta menitipkan doa semoga Loveta terus maju jaya biarpun tanpa dirinya kelak.

“Mulanya agak sukar untuk saya menerima lamaran ini.
"Jujur saya ambil masa sebelum membuat keputusan untuk bekerjasama dengan perniagaan yang selama ini diusahakan oleh arwah Siti Sarah.
“Arwah meninggalkan legasi yang cukup besar ketika hayatnya. Jadi saya bimbang jika kehadiran saya akan dimarahi oleh peminat beliau.
“Namun, syukur rata-rata menyambut baik dan gembira dengan pengumuman yang dibuat.
"Saya berharap kehadiran saya akan membawa jenama Loveta ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.
*Artikel asal di Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami