Pelakon dan pengacara, Ary Malik disahkan meninggal dunia pada pukul 7.17 malam tadi, menurut suaminya Shahrul Nizam Shaharuddin, 46.
"Saya berasa satu kehilangan besar kerana dia merupakan isteri yang sangat penyayang dan menjadi kesayangan ramai.
"Saya hilang sesuatu yang besar dalam hidup saya," ujar Shahrul Nizam dalam pesanan ringkas kepada media.
Dia yang mengakui banyak belajar tentang kehidupan bersama Ary, turut memberitahu bahawa anak-anak mereka masih dalam keadaan bersedih dan terkejut.
"Mereka sudah mula rindu dan berasa ketiadaan ibu mereka sewaktu arwah dimandikan," katanya.
Shahrul Nizam juga ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan ucapan takziah yang disampaikan kepada mereka sekeluarga.
Sebelum ini, Ary dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Ampang akibat kanser ovari tahap empat.
Ary dimasukkan ke hospital itu pada 18 Februari lalu selepas keadaannya semakin lemah namun dia mula tidak sedarkan diri sejak Selasa lalu.
Ary sudah mengesan penyakitnya itu sejak hampir setahun lalu, dan pernah menjalani pembedahan pada bulan Mei tahun lalu di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju.
Doktor sebelum ini turut mengesyaki barah yang dihidap Ary merebak ke bahagian kepala.
Ary yang mula mewarnai dunia seni dan penyiaran tempatan sejak tahun 90-an pernah menyertai rancangan realiti iaitu MasterChef Malaysia terbitan Astro pada tahun 2012.
Hasil perkongsian hidup dengan Shahrul Nizam, Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Abdul Malik, 46, dikurniakan tiga orang anak – Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.
Astro Awani
Tue Feb 28 2017

Pelakon dan pengacara, Ary Malik disahkan meninggal dunia pada pukul 7.17 malam ini, menurut suaminya Shahrul Nizam Shaharuddin, 46. - Gambar fail

Niaga AWANI: Analisis pasaran mingguan untuk Asia dan Malaysia
Apakah data-data ekonomi minggu ini yang akan beri kesan kepada dagangan pasaran Asia dan Malaysia? Bagaimanakah data IHP di AS dan data Import dan Eksport China akan beri kesan kepada pelabur? Adakah pelabur akan terkesan dengan denda yang dikenakan ke atas Ali Baba oleh Beijing? Saksikan analisis bersama Penganalisis Kanan Pasaran Asia Pasifik, OANDA, Jeffrey Halley.

Terlepas tangan bapa, kanak-kanak lari ke tengah jalan maut dilanggar kereta
Dalam insiden kira-kira jam 8.30, mangsa, Mu'tahal Assalami, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan.

AWANI Pagi: Memahami dasar kabotaj negara
Kami akan bawakan perkongsian bagi memberikan pemahaman kepada penonton di luar sana khusus kepada rakyat Malaysia yang mungkin tidak jelas mengenai isu dasar kabotaj negara ketika ini. Untuk bercakap mengenainya, bersama kami hari ini adalah Datuk Ir. Abdul Hak Md Amin Pengerusi Persatuan Pemilik-Pemilik Kapal Malaysia (MASA).

AWANI Ringkas: Sektor runcit UK sedia dibuka semula | Belanda teruskan perintah berkurung
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Lagi lokaliti di Tawau dikenakan PKPD | Isu ekzos bising
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dua maut, treler terbalik di Lebuhraya KL - Karak, Bentong
Dalam kejadian jam 9.10 malam, pemandu dan kelindan masing-masing berusia 44 dan 63 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian

Anak kambing berwajah manusia
Kelahiran anak kambing berwajah seperti manusia telah menggemparkan penduduk di sebuah kampung di Gujarat, India.

UMNO rugikan Melayu jika tidak bersama Pas, Bersatu - Penganalisis
Tindakan UMNO tidak bersama Pas dan Bersatu hanya akan merugikan Melayu, kata Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) UKM, Prof Madya Dr Kartini Aboo Talib.

Terdengar azan di tengah padang pasir
Ryusei Nemoto berkongsi saat beliau menerima hidayah ALLAH SWT dan bersyukur kerana terpilih sebagai Muslim.

Persiapan Ramadan di Mesir meriah
Sambutan awal Ramadan tahun ini dijangka sederhana susulan ancaman COVID-19.

Ary Malik meninggal dunia
Pelakon dan pengacara, Ary Malik disahkan meninggal dunia pada pukul 7.17 malam ini, menurut suaminya Shahrul Nizam Shaharuddin, 46.

Ary Malik dalam keadaan kritikal akibat kanser ovari
Ary dimasukkan ke hospital itu pada 18 Februari lalu selepas keadaannya semakin lemah namun dia mula tidak sedarkan diri sejak Selasa lalu.