awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ashton Kutcher mengaku berdepan detik paling sukar selepas bercerai

Agensi
Agensi
01/02/2023
09:15 MYT
Ashton Kutcher mengaku berdepan detik paling sukar selepas bercerai
Pelakon berusia 45 tahun itu mengimbas kembali bagaimana "hidupnya berubah" apabila mula menjalin hubungan dengan Moore pada tahun 2003. - Gambar AP
LOS ANGELES: Pelakon Hollywood, Ashton Kutcher mengakui berdepan detik paling sukar dalam hidup selepas berpisah dengan bekas isterinya, Demi Moore pada 2011.
Dalam temu bual baru bersama Esquire yang diterbitkan semalam, pelakon berusia 45 tahun itu mengimbas kembali bagaimana 'hidupnya berubah' apabila mula menjalin hubungan dengan Moore pada 2003.
"Saya berusia 26 tahun, memikul tanggungjawab kepada seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, 10 tahun, dan 12 tahun," dia berkongsi, merujuk kepada tiga anak perempuan Moore yang kini sudah dewasa hasil bersama dengan bekas suaminya Bruce Willis, Tallulah, Scout dan Rumer Willis.
Bagaimanapun, jodoh Kutcher dan Moore tidak lama apabila mereka bercerai pada 2013, yang menurut pelakon Just Married itu menyifatkan dirinya sudah "gagal."
"Tiada apa-apa yang membuatkan anda berasa gagal macam perceraian. Perceraian dirasakan seperti sebuah kegagalan besar. Awak gagal dalam perkahwinan,” katanya yang kecewa dengan Moore selepas mengeluarkan kenyataan yang mengundang perhatian tabloid pada 2019.
Selepas bercerai, Kutcher menjalin hubungan dengan pelakon jelita yang membintangi "That '70s Show", Mila Kunis seterusnya berkahwin pada 2015.
Pasangan ini mempunyai dua orang anak iaitu Wyatt Isabelle, 8 dan Dimitri Portwood, 6. - CNN
Topic Berkaitan
#Hollywood
#Ashton Kutcher
#demi moore
#cerai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan