Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke Majlis Bacaan Yassin & Tahlil untuk penumpang dan anak kapal MH17 anjuran Astro.

Majlis akan diadakan pada Isnin, 21 Julai 2014 petang di Masjid Asy-Syakirin, KLCC.

Datanglah beramai-ramai untuk sama-sama memperingati penumpang dan anak kapal MH17. Al-Fatihah.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.

Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di timur Ukraine.

Pesawat terbabit membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Pesawat MH17 telah terputus hubungan pada kira-kira 11.15 waktu Malaysia dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia sebelum disahkan terhempas. - Astro Gempak