awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Hasutan di media sosial: Tiga lelaki India ditahan - Polis KL
Malaysia-India kukuhkan hubungan dua hala dengan pemeteraian 11 dokumen kerjasama utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro dominasi pencalonan akhir FFM28

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
08/08/2016
06:30 MYT
Astro dominasi pencalonan akhir FFM28
FFM antara anugerah paling berprestij dalam kalender perfileman negara. - Gambar fail
Filem terbitan dan edaran Astro serta anak-anak syarikatnya berjaya mendominasi pencalonan akhir Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28).
Keseluruhannya, Astro menerima 43 pencalonan.
Mendahului senarai adalah filem terbitan Astro Shaw, Ola Bola yang memperolehi 14 pencalonan, diikuti sebuah lagi filem terbitan produksi yang sama, Polis Evo dengan 10 pencalonan.
Ola Bola menerima pencalonan dalam beberapa kategori utama, antaranya kategori Filem Bukan Dalam Bahasa Malaysia, Pengarah Terbaik Bukan Dalam Bahasa Malaysia dan Lakon Layar Terbaik Bukan Dalam Bahasa Malaysia.
BACA: Saya akan teliti isu kontroversi FFM28 - Salleh Said
BACA: Isu FFM28: Rahman Dahlan minta FINAS, PFM perhalusi keputusan
Polis Evo tercalon dalam kategori Filem Terbaik selain dua kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Shaheizy Sam dan Zizan Razak.
Filem lakonan Lisa Surihani dan Aaron Aziz, Suamiku Encik Perfect 10 pula memperolehi lima pencalonan, termasuk kategori Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik.
Turut menerima pencalonan adalah filem Cicakman 3 yang merupakan hasil kerjasama Astro Shaw dan KRU Studios. Ia tercalon menerusi empat kategori.
BACA: 'Kami hormati Bahasa Melayu namun filem ada 'bahasanya' sendiri' - Pengarah 'Jagat'
Filem-filem lain yang termasuk tidak ketinggalan menempatkan diri dalam kalangan calon adalah Langit Cinta dan Pilot Cafe selain dua filem dokumentari, Menanti Sinar Keamanan dan Mindanao Pernantian Kemerdekaan.
FFM28 bakal berlangsung di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre di ibu negara pada 3 September.
Topic Berkaitan
#Festival Filem Malaysia
#FFM28
#filem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan