Astro Radio masih kekal sebagai rangkaian radio utama di Sabah dan Sarawak dengan jumlah keseluruhan pendengar sebanyak 541,000 di Kota Kinabalu dan Kuching.
Ini berdasarkan keputusan kaji selidik terkini yang dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio Nielsen (Sabah dan Sarawak) 2014.
Astro Radio terus kekal sebagai pilihan para pendengar di Kota Kinabalu dengan capaian 82 peratus di kalangan pendengar radio berumur 10 tahun dan ke atas, dan di Kuching dengan capaian 58 peratus pendengar berumur 10 tahun dan ke atas.
Astro Radio juga boleh dinikmati oleh pendengar di Sandakan dan Miri, dan ini memberikan jangkauan pendengar yang lebih ramai kepada para pengiklan kami.
Seterusnya, ERA fm, Hitz fm dan MY FM kekal sebagai stesen radio nombor satu dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina di Sabah dan Sarawak.
Rancangan sarapan pagi dan petang di ketiga-tiga stesen tersebut terus menjadi pilihan nombor satu para pendengar dan membuktikan bahawa penumpuan rangkaian stesen Astro Radio kepada isi kandungan serta bakat-bakat tempatan di terima baik oleh para pendengar.
Stesen ERA fm mencatatkan jumlah 53 peratus golongan pendengar berumur 30 tahun ke bawah, dengan catatan jumlah 249, 800 pendengar setiap minggu, diikuti dengan stesen hitz fm dengan lebih daripada 67 peratus golongan pendengar berumur 30 tahun ke bawah dan menarik sejumlah 192,000 pendengar setiap minggu.
Manakala, stesen MY FM dengan jumlah 137.200 orang pendengar setiap minggu, menarik sejumlah 52 peratus daripada golongan pendengar yang berumur 40 tahun kebawah.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para pendengar yang setia dan juga kepada pelanggan kami kerana menyokong stesen radio di Kota Kinabalu dan Kuching.
"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para penaja kami, rakan-rakan dan pengiklan atas sokongan mereka.
"Kami akan terus menghasilkan kandungan yang inovatif untuk menarik minat dan menawan hati pendengar," kata Dr. Jake Abdullah selaku Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio.
Tambah beliau, rakyat Malaysia boleh mengakses Astro Radio setiap masa, di mana sahaja melalui aplikasi web ‘Raku’ dan pemain ‘web player’ kami, dan ini menjadikan stesen pilihan baik untuk semua.