Stesen televisyen Astro berjaya merangkul sejumlah 17 trofi di majlis berprestij Anugerah Seri Angkasa 2016 (ASA2016) yang berlangsung selama dua hari bermula Jumaat di Auditorium Perdana Angkaspuri di sini.
Selepas memenangi sembilan kategori termasuk satu Anugerah Khas Juri pada malam Jumaat, Astro berjaya membawa pulang lapan lagi trofi kemenangan pada malam Sabtu.
Penerbit Eksekutif dan hos Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron dinobatkan Wartawan TV Terbaik menerusi temubual eksklusif beliau bersama Presiden Indonesia Joko Widodo yang bersiaran di saluran Awani 501 pada 5 Februari, 2015 sempena lawatan pertama Jokowi ke Malaysia.
Personaliti TV ini turut merangkul trofi Pengacara TV Terbaik menerusi rancangan khas, Setahun MH370.
BACA: Astro AWANI rangkul dua lagi trofi Anugerah Seri Angkasa 2016
Pada Jumaat, penerbit Astro AWANI, Azlinda Md Salim menerima Anugerah Khas Juri menerusi laporan Syawal Tanpamu pada majlis anugerah yang sama.
Dalam ucapan penghargaannya, Azlinda berkata beliau mendedikasikan kemenangan tersebut kepada waris dan mangsa pesawat Malaysia Airlines MH17 dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai, 2014.
Senarai pemenang:
Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2016: Datuk Rahim Razali
Anugerah Pesanan Khidmat Awam (PSA) Radio Terbaik: Jackson Tan -One FM
Anugerah Rancangan Hiburan Radio Terbaik: Rosli Derani - Radio Klasik RTM
Anugerah DJ Radio Lelaki Terbaik: Liang Kim Loong - AiFM RTM
Anugerah DJ Radio Wanita Terbaik: Ooi Yin Yin - One FM
Anugerah Skrip Drama Radio Terbaik: Yong Siew Hong - Aifm (Pengembara Masa Depan)
Anugerah Drama Radio Terbaik: Soh Chin Chuan - AiFM ( Pengembara Masa Depan)
Anugerah Pelakon Lelaki Drama Radio Terbaik: Fizz Fairuz - IKIM FM (Seindah Langit Ramadan)
Anugerah Pelakon Wanita Drama Radio Terbaik: Elly Mazlein - Radio Klasik RTM (Detik Itu : Khas Hari Kebangsaan)
Anugerah Pengimbangan Muzik TV Terbaik: Anugerah MeleTOP Era (Astro Ria)
Anugerah Khas Siaran Langsung TV Terbaik: Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor (RTM)
Anugerah Penataan Cahaya Penerbitan Hiburan TV Terbaik: Anugerah MeleTOP Era (Astro Ria)
Anugerah Majalah TV Terbaik: Jabir Shafie - Xplorasi Merapoh Episod 3 (RTM)
Anugerah Buletin Berita TV Terbaik: Reemy Abdul Rahman - Nasional 5 (RTM)
Anugerah Penyampai Berita TV Terbaik: Shahril Sarapudin - Nasional 8 (RTM)
Anugerah Wartawan TV Terbaik: Kamarul Bahrin Haron (Astro Awani)
Anugerah Komedi TV Terbaik: Mael Dan Sudin Sambut Ramadan (Astro Oasis)
Anugerah Hiburan Muzikal TV Terbaik: International Super Star Grand Final 2015 (Astro Vinmeen)
Anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik: Kazar Saisi - Jaga Depa Sat (TV 3)
Anugerah Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik: Azuan Fitri - Penyabong (TV 1 - RTM)
Anugerah Pengacara TV Terbaik: Kamarul Bahrin Haron (Astro Awani)
Anugerah Skrip Drama TV Terbaik: Lorong Kecil Ke Syurga (TV9)
Anugerah Drama TV Bersiri Terbaik: Wadi (TV 3)
Anugerah Pelakon Wanita Drama TV Terbaik: Fauziah Datuk Ahmad Daud - Harus Terpisah (Astro Prima)
Anugerah Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik: Nasir Bilal Khan - Harus Terpisah (Astro Prima)
Anugerah Pengarah Drama TV Terbaik: Feroz Kadir - Kereta Kita (TV 3)
Anugerah Drama TV Terbaik: Kereta Kita - Feroz Kadir (TV 3)
Sembilan Anugerah ASA 2016 (termasuk satu Anugerah Khas Juri) yang dimenangi Astro:
Anugerah Promo TV Terbaik: International Super Star Grand Final 2015- Ghandimathi S. Suppiah (Astro Vinmeen)
Anugerah Montaj TV Terbaik: Battleground Audition 2015 - Maximillian Tan (Astro Wah Lai Toi)
Anugerah Rekaan Set TV Terbaik: Anugerah MeleTOP Era 2015 - Rafidah Othman (Astro Ria)
Anugerah Suntingan Rancangan TV Terbaik: Mail & Sudin Sambut Ramadan - Haikal Fadzil (Astro Oasis)
Anugerah Audio Rancangan TV Terbaik: Konsert Akademi Fantasia 2015 - Sam Fad Abdullah (Astro Ria)
Anugerah Rancangan Agama TV Terbaik: Pencetus Ummah 2015 - Basirun Othman (Astro Oasis)
Anugerah Bicarawara TV Terbaik: Sembang Teh Tarik - Abid Hossen ( Astro Warna)
Anugerah Liputan Berita TV Terbaik: Lim Kian Yap, Cheong Mun Yew (Astro Aec)
Anugerah Khas Juri: Syawal Tanpa Mu - Azlinda Md Salim (Astro Awani)
Tahniah Astro, pemenang dan semua yang tercalon!
Astro Awani
Sun May 22 2016
Kamarul Bahrin Haron berjaya merangkul dua trofi termasuk Wartawan TV Terbaik. - Gambar fail
Ulang tahun TLDM dirai nada berbeza, jangan lupa mereka yang tiada
Warga TLDM diharapkan terus cekal, tabah demi rakyat dan tanah air, walaupun berhadapan pelbagai rintangan dan cabaran.
Lelaki warga Myanmar maut dalam pergaduhan
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah dipercayai ditikam dan dipukul pada bahagian kepala.
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.
AWANI 7:45 [27/04/2024] - Siasatan sama ada Tun M salah guna kuasa | Jangkaan persaingan sengit | FFC umum tangguh misi | Mesyuarat khas dua hari
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
Piala Thomas: Jangan pandang mudah Malaysia - Antonsen
Walaupun Malaysia membariskan skuad perseorangan kurang 'menyengat', Anders Antonsen masih menjangkakan saingan sengit.
Budak lima tahun cedera jatuh dari tingkat tiga flat
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di Flat Taman College Height pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Kasino di Forest City
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Gesaan dari seluruh dunia untuk satu gencatan senjata semakin meningkat dengan serangan ke atas Gaza kini memasuki bulan ketujuh.
World Economic Forum berbeza dari kelaziman
Lazimnya World Economic Forum (WEF) akan berlangsung setiap musim sejuk di Davos, Switzerland, lokasi lahirnya forum berprestij dunia ini sejak lebih lebih dekad lalu.
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Pemain Astro Kem Badminton 2024 berpeluang berlatih di bawah jurulatih BAM
Wan Wah menjelaskan pemain-pemain yang dipilih akan menjalani latihan intensif itu di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
#AWANI745
#AWANI745
Astro rangkul 17 trofi Anugerah Seri Angkasa 2016
Selepas memenangi sembilan kategori termasuk satu Anugerah Khas Juri di acara berprestij Anugerah Seri Angkasa 2016 (ASA 2016) pada Jumaat, Astro telah menambah lapan lagi trofi kemenangannya, Sabtu.