Awie dilantik Duta Alam Sekitar Negeri Perak

Awie menerima watikah pelantikan itu daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada majlis sambutan Hari Alam Sekitar Peringkat Negeri Perak 2025 hari ini. - Foto Astro AWANI
IPOH: Penyanyi dan pelakon tersohor, Datuk Awie dilantik sebagai Duta Alam Sekitar sempena sambutan Hari Alam Sekitar Peringkat Negeri Perak 2025 di sini, hari ini.
Ringkasan AI
- Datuk Awie dilantik sebagai Duta Alam Sekitar sempena Hari Alam Sekitar Peringkat Negeri Perak 2025.
- Awie menerima watikah pelantikan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
- Ahmad Zahid menekankan kepentingan usaha menjaga alam sekitar dan kesan negatif pembuangan sisa pepejal terhadap alam sekitar.
Terdahulu, Ahmad Zahid dalam ucapan perasmiannya memuji kesudian penyanyi itu memberi sumbangan terhadap penjagaan alam sekitar walaupun telah popular.
Katanya, usaha menjaga bumi ini tidak seharusnya diletakkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) sahaja, sebaliknya semua pihak perlu bertanggungjawab.
“Hari ini, bumi yang kita diami sedang menanggung tekanan yang kian hebat.
“Menurut laporan JAS 2024 Malaysia menghasilkan hampir 38,000 tan sisa pepejal setiap hari atau secara puratanya 1.17 kilogram sisa pepejal bagi setiap seorang,” katanya.
Antara kesannya, kata beliau, JAS turut melaporkan bahawa tahun lalu terdapat 27 daripada 672 sungai utama di negara ini dikategorikan sebagai tercemar dan 170 lagi separa tercemar.
Menurutnya, pendekatan Malaysia MADANI menuntut kepada keseimbangan antara ekonomi dan ekologi dan antara pembangunan dan kelestarian.
Justeru itu, sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), beliau menegaskan, setiap dasar kerajaan, termasuk pembangunan luar bandar di bawah KKDW, turut mengambil kira kelestarian alam.
Katanya, KKDW mahu melihat desa sebagai benteng hijau negara yang menjadi tempat lahirnya inovasi tenaga boleh baharu, ekonomi kitaran, dan gaya hidup lestari yang berpaksikan nilai.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


