awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Ayah... maafkan Sajat"

Gempak
Gempak
04/10/2023
01:30 MYT
"Ayah... maafkan Sajat"
Nur Sajat meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kerana sahabatnya, Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Shahida Mohd Rashid secara sukarela membantu membelikan kerusi roda buat ayahnya.
SELEBRITI media sosial dan usahawan Nur Sajat meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kerana sahabatnya, Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Shahida Mohd Rashid secara sukarela membantu membelikan kerusi roda buat ayahnya.
Menerusi kemas kini di Instagram, Sajat berkata, dia dan Aliff masih lagi bersahabat seperti dahulu dan mereka hanya berkomunikasi menerusi Whatsapp dan media sosial untuk bertanya khabar.
“Hanya boleh sajat ucapkan terima kasih buat sahabat Sajat Datuk Aliff Syukri dan Datin sebab menolong Sajat beli kerusi roda dan tempat kelengkapan untuk membuang air besar. Ini sahaja Sajat boleh bantu keluarga Sajat yang jauh di mata tapi dekat di hati. Bila kita jauh, hanya silaturrahim dari perhatian sahabat.
“Ramai yang tanya Sajat masih berbaik lagi ke dengan keluarga Datuk dan Datin? Sebenarnya kami masih lagi sahabat macam dulu. Cuma hanya melalui media sosial dan WhatsApp sahaja kami bertanya khabar,” tulisnya di Instagram.
Lihat siaran ini di Instagram
Siaran dikongsi oleh Sajjad kamaruz zaman (@nursajatkamaruzzaman)
Sajat bagaimanapun menzahirkan rasa sebak selepas Aliff Syukri mengirimkan video bapanya yang sudah pun menerima kerusi roda baharu.
“Bila Datuk kirimkan video ini pada Sajat, terasa sedih dan sebak, bila orang yang kita sayang dapat buat dia tersenyum selagi dia masih hidup. Ayah maafkan Sajat, ampun kan Ajad, ayah adalah ayah terbaik dalam dunia ini.
“Ajad sayang ayah dan emak. Buat Datuk dan Datin, terima kasih kerana menolong Sajat, walaupun Datin dan Datuk sibuk, tapi tetap mencuri waktu untuk membantu sahabat ini yang jauh dari mata. terima kasih dan semoga Allah membalas kebaikkan Datuk dan Datin. Amin," tutup Sajat.
Terdahulu, Sajat menerusi siaran langsung di media sosial meminta bantuan untuk membelikan kerusi roda buat ayahnya yang jatuh sakit dan tidak mampu berjalan. - Gempak
Topic Berkaitan
#Nur Sajat
#Sajat sebak
#ayah maafkan Sajat
#bapa Sajat sakit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan