awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azharina bakal terbit album 'live recording'

Bernama
Bernama
23/12/2016
00:14 MYT
Azharina bakal terbit album 'live recording'
Azharina berkata beliau bakal berduet dengan penyanyi dari Indonesia Rizal Badila dalam sebuah konsert di Lombok, Indonesia tahun depan. - Foto Astro Gempak
Pelantun lagu Elegi Sepi, Azharina Azhar, 31, bakal menerbitkan album baharu secara rakaman langsung (live recording) tahun depan.
Juara program realiti Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) itu berkata album itu akan diterbitkan dengan kerjasama komposer tanah air, Julfekar Ahmad Shah bagi merealisasikan hasrat berkenaan.
"Saya tahu kosnya sangat mahal dan cadangan ini tidak masuk akal... walaupun sukar tapi saya mahu buat yang terbaik. Mudah-mudahan album itu berjaya diterbitkan," katanya selepas program Bersama Bernama di Wisma Bernama pada Khamis.
Dalam perkembangan lain, Azharina berkata beliau bakal berduet dengan penyanyi dari Indonesia Rizal Badila dalam sebuah konsert di Lombok, Indonesia tahun depan.
"Saya memang sudah berbincang dengan pihak Rizal sebelum GV3 lagi mengenai single duet 'Seribu Cintaku' ciptaan beliau dan konsert yang akan diadakan bersama. Ini merupakan peluang keemasan untuk saya menempa nama di sana," katanya.
Azharina turut meluahkan rasa bersyukur kerana single terbarunya 'Sekian Terima Kasih', karya komposer dan penyanyi Dj Fuzz kini kerap dimainkan di corong radio.
Ditanya mengenai penglibatannya dalam pentas GV3, Azharina berkata beliau sama sekali tidak mengidamkan gelaran juara.
Menurutnya, apa yang penting baginya adalah berpeluang bertemu artis dan rakan seperjuangan.
"Buat kali pertama dalam hidup saya, saya hadir ke uji bakat bukan nak kejar duit, populariti atau nama tapi saya nak jumpa rakan-rakan lama. Saya mahu memperbetulkan kekurangan diri yang ada," katanya.
Berkongsi lanjut mengenai perkembangan selepas merangkul gelaran juara GV3, penyanyi itu berkata beliau kini menerima banyak tawaran persembahan daripada pelbagai pihak sehingga terpaksa menyusun jadual yang padat. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Ameng Spring
#Azharina
#Gegar Vaganza
#GegarVaganza 3
#Gmie Screen
#GV3
#Intan Sarafina
#Siti Sarah
#Zarul Umbrella
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan