awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azizi cabar keupayaan Hisyam Hamid dalam Bunga Salju

Sinar Harian
Sinar Harian
21/06/2024
07:30 MYT
Azizi cabar keupayaan Hisyam Hamid dalam Bunga Salju
Karakter sebagai lelaki autistik bernama Aziz memberi cabaran tersendiri buat Hisyam.
DEMI menjayakan karakter lelaki autistik dengan berkesan, aktor Hisyam Hamid sanggup membuat kajian mendalam sebelum penggambaran drama Bunga Salju dan bertemu dengan individu yang mengalami masalah sama.
Mengakui watak sebagai Azizi sangat mencabar, Hisyam turut meluahkan kebimbangan akan kritikan andai dia tidak melakonkan karakter seorang lelaki autistik dengan betul.
“Saya agak gementar ketika diberi watak Azizi, jadi saya buat kajian dengan tonton filem luar negara dan pergi ke NASOM (Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia) selain berjumpa dengan lelaki yang wataknya sama dengan Azizi.
“Lelaki itu bernama Syafiq berusia 29 tahun, bekerja dalam bidang IT dan seorang 'high functioning autism' sama seperti watak Azizi. Dia seorang yang sangat bergantung kepada nasihat ibunya.
“Saya perhatikan cara dia bercakap, berjalan dan gerak tangannya, hasilnya adalah apa yang penonton lihat dalam drama Bunga Salju,” ujar Hisyam.
Hisyam melakukan kajian mendalam termasuk bertemu dengan individu yang mengalami masalah sama demi menterjemahkan karakter lelaki autistik dengan berkesan.
Hisyam melakukan kajian mendalam termasuk bertemu dengan individu yang mengalami masalah sama demi menterjemahkan karakter lelaki autistik dengan berkesan.
Jelas Hisyam, dia bersyukur watak Azizi lakonannya diterima ramai, malah rata-rata penonton mengakui lakonannya sama seperti orang autistik.
“Malah ada yang komen mahukan lelaki seperti Azizi kerana jujur (ketawa). Apapun saya gembira naskhah ini selain hiburan turut memberi kesedaran kerana penonton bahawa ada orang autistik yang high functioning dan ada kalanya mereka lebih bijak daripada orang normal,” ujar Hisyam.
Naskhah Bunga Salju yang ditayangkan sebanyak 40 episod, mengisahkan Qaisara terpaksa berkahwin dengan Azizi, seorang lelaki austistik bagi memenuhi keperluan ibunya dan teman lelaki Farouk demi mendapatkan harta Azizi.
Drama terbitan MIG ini turut dibintangi Amyra Rosli, Hariz Hamdan, Zarina Zainoordin, Hasnul Rahmat, Syad Talib, Zul Huzaimy dan Arabella Ellen.
Bunga Salju menyaksikan gandingan Hisyam bersama Amyra Rosli.
Bunga Salju menyaksikan gandingan Hisyam bersama Amyra Rosli.
Episod baharu Bunga Salju ditayangkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104).
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bunga Salju
#Hisyam Hamid
#watak Azizi
#Autisme
#Amyra Rosli
#Hariz Hamdan
#Astro Ria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan