awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAFTA: The Revenant menang besar, DiCaprio aktor terbaik

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
15/02/2016
02:50 MYT
BAFTA: The Revenant menang besar, DiCaprio aktor terbaik
Innartu (kiri) menggenggam trofi Pengarah Terbaik bergambar bersama pemenang Aktor Terbaik, Leonardo DiCaprio (kanan) dan pemberi anugerah Tom Cruise - Foto AP
FILEM The Revenant yang diadaptasi dari kisah benar pengembaraan Hugh Glass merangkul tiga anugerah utama dalam British Academy of Film and Television Arts (BAFTA) Awards awal hari ini, lapor BBC.
Filem tersebut meraih anugerah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik melalui Alejandro G Innaritu, dan Leonardo DiCaprio dinobat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik.
Menurut Innaritu, kejayaan tersebut mengujakan. Dia turut menegaskan bakat dan komitmen DiCaprio dalam menjayakan projek yang berisiko itu telah memastikan filem itu terus bernafas.
Kiri: Aktres Pembantu Terbaik BAFTA, Kate Winslet yang membintangi filem Steve Jobs. Kanan: Pete Docter bersama trofi Filem Animasi Terbaik yang dimenangi menerusi Inside Out terbitan Disney - Foto AP
Kiri: Aktres Pembantu Terbaik BAFTA, Kate Winslet yang membintangi filem Steve Jobs. Kanan: Pete Docter bersama trofi Filem Animasi Terbaik yang dimenangi menerusi Inside Out terbitan Disney - Foto AP
Leonardo DiCaprio menggayakan trofi ke-13 yang dimenangi melalui peranannya sebagai Hugh Glass dalam filem The Revenant - Foto AP
Leonardo DiCaprio menggayakan trofi ke-13 yang dimenangi melalui peranannya sebagai Hugh Glass dalam filem The Revenant - Foto AP
DiCaprio pula mengabadikan kejayaan itu kepada ibunya, Irmelin Indenbirken, dengan ucapan hari lahir yang mengharukan.
“Saya tidak membesar dalam kehidupan mewah. Saya membesar di kejiranan miskin di timur Los Angeles. Wanita ini memandu tiga jam setiap hari untuk menghantar saya ke sekolah yang baik untuk memberi peluang kepada saya. Hari ini hari lahirnya. Ibu, selamat hari lahir. Saya sayang ibu sangat-sangat.”
DiCaprio turut merakamkan penghormatan kepada para pelakon British seperti Tom Courtenay dan Gary Oldman yang telah mempengaruhi kerjayanya sebagai anak seni.
Kejayaan The Revenant menghangatkan lagi perlumbaan memenangi Academy Awards selepas filem tersebut memenangi Golden Globes Awards namun filem Spotlight yang mengisahkan penyiasatan wartawan terhadap skandal seks gereja Roman Katolik menjadi pilihan dalam SAG Awards dan Critics Choice Awards.
Berikut merupakan senarai penuh pemenang BAFTA Awards tahun ini:
Filem Terbaik The Revenant
Filem British Terbaik Brooklyn
Pengarah Terbaik Alejandro G. Iñárritu The Revenant
Pelakon Lelaki Terbaik Leonardo DiCaprio The Revenant
Pelakon Wanita Terbaik Brie Larson Room
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Mark Rylance Bridge of Spies
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Kate Winslet Steve Jobs
Lakon Layar Asal Terbaik Tom McCarthy, Josh Singer Spotlight
Lakon Layar Adaptasi Terbaik Adam McKay, Charles Randolph The Big Short
Rekabentuk Penerbitan Terbaik Colin Gibson, Lisa Thompson Mad Max: Fury Road
Filem Animasi Terbaik Inside Out
Filem Bahasa Asing Terbaik Wild Tales
Rekabentuk Kostum Terbaik Jenny Beavan Mad Max: Fury Road
Kesan Visual Khas Terbaik Chris Corbould, Roger Guyett, Paul Kavanagh, Neal Scanlan Star Wars: The Force Awakens
Kesan Bunyi Terbaik Lon Bender, Chris Duesterdiek, Martin Hernandez, Frank A. Montaño, Jon Taylor, Randy Thom The Revenant
Suntingan Terbaik Margaret Sixel Mad Max: Fury Road
Muzik Asal Terbaik Ennio Morricone The Hateful Eight
Sinematografi Terbaik Emmanuel Lubezki The Revenant
Solekan Terbaik Lesley Vanderwalt, Damian Martin Mad Max: Fury Road
Topic Berkaitan
#BAFTA Awards 2016
#Leonardo DiCaprio BAFTA
#pemenang BAFTA Awards 2016
#The Revenant BAFTA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan