awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa Amar Baharin meninggal dunia

Gempak
Gempak
25/05/2023
03:30 MYT
Bapa Amar Baharin meninggal dunia
Dalam hantaran itu, Amar juga memohon semua yang mengenali bapanya agar mengampunkan segala dosanya. -Gempak/Instagram
BAPA kepada pelakon Amar Baharin iaitu Mohd Baharin Amir meninggal dunia pada pagi Khamis.
Berita pemergian bapanya itu dimaklumkan sendiri oleh Amar menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam hantaran itu, Amar juga memohon semua yang mengenali bapanya agar mengampunkan segala dosanya.
“Assalamualaikum. Saya Amar ingin memaklumkan pada semua yang mengenali ayah saya Mohd Baharin Bin Amir, ayah saya telah meninggal dunia.
“Mohon doakan arwah semoga Allah ampunkan segala dosa dosa arwah dan andai ada dosa arwah sesama kalian, mohon diampunkan sepanjang arwah hidup di dunia ini.
“Dan andai kata ada pahala dari bacaan ayat-ayat suci Al-Quran anda semua, mohon disedekahkan pada arwah. Dengan izin Allah.
“Semoga Allah permudahkan pengurusan jenazah dan Allah letakkan arwah bersama insan-insan yang beriman,” tulisnya.
Bagaimanapun, Amar tidak dinyatakan punca kematian bapanya.
View this post on Instagram
A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)
Dalam pada itu di ruangan komen, rakan selebriti juga turut menzahirkan ucapan takziah.
“Innalillahiwainnailayhirojiuun… Salam takziah buat seluruh ahli keluarga kau,bro. Semoga arwah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh…” - @alifsatar
“Innalillah wanna ilaihirojiun.. Takziah buat Amar sekeluarga. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Ameen yrb,” - @umminazeera
“Allahuakbar, salam takziah sahabat… Al-Fatihah,” - @sharnaazahmad.
-Gempak
Topic Berkaitan
#Amar Baharin
#bapa meninggal dunia
#Mohd Baharin Bin Amir
#rakan selebriti ucap takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan