awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa Amir Raja Lawak meninggal dunia

Gempak
Gempak
23/09/2025
01:30 MYT
Bapa Amir Raja Lawak meninggal dunia
Amir Raja Lawak berkongsi khabar duka pemergian bapanya, Azmi Deris atau lebih dikenali sebagai Abe Mie Usm menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian malam tadi.
PELAWAK Amir Raja Lawak berkongsi khabar duka pemergian bapanya, Azmi Deris atau lebih dikenali sebagai Abe Mie Usm menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian malam tadi.
Perkara itu dimaklumkan Amir menerusi satu hantaran di laman Facebooknya.
“Assalamualaikum. Innalillahiwainnailaihirojiun. Dukacita dimaklumkan abah saya Azmi (Abe Mie Usm) telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi di HUSM Kubang Kerian.
"Apa-apa urusan saya akan bagitahu balik kat Facebook ini ye. Semoga abah ditempatkan dalam kalangan orang beriman, beramal soleh, solehah dan ahli syurga. Aamiin,” tulisnya.
Menurut Amir, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan pada jam 9 pagi di Masjid Desa Rahmat sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Tok Kenali, Kubang Kerian untuk dikebumikan.
Amir turut merakamkan penghargaan kepada semua yang telah mendoakan dan menghadiahkan bacaan al-Fatihah buat arwah bapanya.
“Terima kasih banyak-banyak pada yang mendoakan dan menghadiahkan bacaan al-Fatihah buat arwah abah saya,” tambahnya.
Pertengahan Julai lalu, Amir memaklumkan, bapanya menghidap kanser usus dan keadaan bapanya itu semakin uzur. - Gempak
Topic Berkaitan
#bapa Amir Raja Lawak
#meninggal dunia
#Azmi Deris
#Abe Mie Usm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan