Penyanyi Amerika Syarikat Ke$ha mendakwa bukan beliau yang ingin membatalkan konsert sulungnya di Malaysia yang dijadualkan semalam, sebaliknya mendakwa beliau diancam akan dipenjarakan sekiranya konsertnya itu diteruskan.
"Sebagai penjelasan (Saya tidak membatalkan (konsert). Saya tidak dibenarkan untuk membuat persembahan. Saya ingin meneruskan sahaja tetapi diancam akan dipenjara," kata beliau menerusi satu tweet yang dikirim semalam.
Pada hari ini pula, Ke$ha masih kongsi kesedihannya.
"Semalam hari yang amat sukar untuk saya. Saya hanya ingin berkongsi muzik dan kehidupan saya bersama anda semua. Tidak sabar untuk berkongsi berita lagi dalam empat hari ," kata beliau.
Sementara itu Ketua Perhubungan Awam penganjur konsert Livescape, Jason Kong mengakui Ke$ha ada bertanyakan kepada pihak penganjur apa akan terjadi sekiranya konsert beliau diteruskan.
"Kami memaklumkan beliau, kami tidak setuju dengan cadangan itu (untuk meneruskan konsert) kerana pihak berkuasa akan berhentikan persembahan beliau. Saya tidak mengetahui isu diancam dipenjara datang dari mana. Saya tidak rasa pihak kerajaan ada menghubungi beliau. Saya rasa ia datang dari kekecewaan beliau," jelas Kong yang dipetik dari The Star Online.
Ke$ha terpaksa membatalkan konsert yang sepatutnya diadakan di Malaysia pada Sabtu selepas pihak berkuasa berkata ia akan menjejaskan sensitiviti agama dan budaya negara ini.
"Kami dukacita ingin memaklumkan bahawa konsert tersebut (di Stadium Kuala Lumpur) akan dibatalkan," kata penganjur konsert, Livescape dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa mereka kerugian RM1.1 juta kerana pembatalan konsert itu.
Syafique Shuib
Sun Oct 27 2013
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Konsert Coldplay bukan semata-mata kerana sokong Palestin - Ahmad Fadhli
Ahmad Fadhli berkata, kebenaran penganjuran konsert tersebut bukan semata-mata kerana Coldplay menyokong Palestin.
Celine Dion batal konsert jelajah dunia
Penyanyi popular Celine Dion membatalkan konsert jelajah dunia susulan keadaan kesihatannya yang menjejaskan keupayaan untuk membuat persembahan.
Celine Dion hidap gangguan saraf, batal lapan konsert musim panas
Celine Dion mendedahkan menghidap Stiff Person Syndrome (SPS), yang menyebabkan ototnya tidak dapat dikawal.
Elton John positif COVID-19, batal konsert jelajah
Penyanyi Sir Elton John terpaksa membatalkan konsert jelajah Farewell Yellow Brick Road selepas disahkan positif COVID-19, baru-baru ini.
Tunda konsert di Sydney, Pink teruk dikecam peminat
Penyanyi terkenal antarabangsa, Pink telah menunda konsert yang sepatutnya berlangsung di Sydney dalam masa terdekat disebabkan mengalami masalah kesihatan.
Batal konsert di Malaysia, Ke$ha dakwa diugut akan dipenjara
Penyanyi Amerika Syarikat Ke$ha meluahkan kekecewaan beliau di Twitter dan mendakwa akan dipenjarakan jika konsert diteruskan.