ENTERTAINMENT
'Beberapa watak akan muncul semula' - Pengarah dedah Qodrat 3 bakal tampil kejutan

Menurut Charles (kiri), Qodrat sememangnya dirancang sebagai sebuah trilogi sejak dari awal lagi, dengan jalan cerita yang telah disusun untuk berkembang sepanjang tiga filem. -Gempak
PENGARAH Charles Gozali tampil mendedahkan perancangan sebenar di sebalik prekuel filem seram popular, Qodrat.
Ringkasan AI
- Pengarah Charles Gozali mendedahkan bahawa Qodrat dirancang sebagai trilogi sejak awal, dengan jalan cerita yang berkembang sepanjang tiga filem.
- Filem ketiga akan menampilkan gabungan watak lama dan baharu, termasuk kejutan dari watak yang 'cross universe' ke judul filem lain.
- Qodrat 2 mengikuti perjalanan Ustaz Qodrat mencari isterinya, Azizah, yang mengalami kemurungan selepas hilang akidah, dengan tumpuan beralih kepada latar belakang keluarga Qodrat.
"Doakan ya,” katanya kepada Gempak.
Dalam masa sama, Charles turut berkongsi sedikit gambaran tentang filem ketiga yang bakal datang.
Kongsi Charles, penonton boleh menjangkakan gabungan watak-watak lama dan baharu, termasuk kejutan dari watak yang bakal ‘cross universe’ ke judul filem lain.
“Ada watak yang dikekalkan, ada yang baharu, dan ada juga yang ‘cross universe’ ke filem lain.
“Malah, beberapa watak dari Qodrat 1 akan muncul semula. Jadi, penulisan skripnya kena teliti dan mungkin ambil masa sikit,” jelasnya lagi.
Untuk info, filem Qodrat 2 terbitan MAGMA Entertainment dan Astro Shaw ini masih mengikuti perjalanan Ustaz Qodrat (Vino G. Bastian) selepas menyelamatkan Alif daripada cengkaman Asuala.
Kali ini, tumpuan beralih kepada usahanya mencari isterinya, Azizah (Acha Septriasa) yang mengalami kemurungan selepas hilang akidah.
Berbeza dengan Qodrat (2022) yang masih penuh misteri, filem kedua ini menyajikan kisah yang lebih mendalam dan perlahan-lahan menyingkap latar belakang keluarga Qodrat.
Dengan visi sedemikian, pengarah, Charles bijak memutuskan untuk mengubah sudut pandangan bercerita.
Tumpuan kini beralih kepada Azizah, isterinya.
Saksikan Qodrat 2 yang kini ditayangkan di pawagam seluruh negara. -Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami