awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas penyampai Suria FM Zizi meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
11/05/2023
03:20 MYT
Bekas penyampai Suria FM Zizi meninggal dunia
Tahun lalu, Zizi pernah dimasukkan ke hospital akibat masalah lemah jantung dan air berlebihan dalam badan.
KUALA LUMPUR: Bekas penyampai Suria FM Ahmad Zuwairi Mohd Nor meninggal dunia pada Khamis, dipercayai akibat lemah jantung.
Ahmad Zuwairi, atau lebih dikenali sebagai Zizi, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka pada jam 1.47 pagi tadi.
Memetik laporan Berita Harian, berita pemergeian Zizi, 42 tahun, dikongsi oleh birasnya, Muhammad Saffuan.
Zizi dikatakan dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri pada jam 11 malam di rumahnya.
Menurut isterinya, Noor Hidayah Sabidi, ketika di rumah, Zizi mengadu badannya penat dan masuk ke bilik untuk berehat.
Dia kemudian mendapati suaminya tiada tindak balas apabila dia cuba memanggilnya, lalu terus menghubungi ambulans.
Sebelum ini Zizi pernah dimasukkan ke hospital tahun lalu akibat masalah lemah jantung dan air berlebihan dalam badan.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri serta tiga orang anak berusia antara 2 tahun dan 6 tahun.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Katil, Melaka, hari ini.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zuwairi Mohd Nor
#meninggal dunia
#Hospital Melaka
#tidak sedarkan diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan